Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, November 8, 2014

Holiday Cameron highlands part 1.

Assalamualaikum....


Ini holiday cuti awal muharram hari tu.
Ringlet dah banjir kilat pun sekarang ni cerito holiday aku baru nak upload haa..

Dah spoloh tahun tak ke sini kali ni aku sampai lagi.
Kalau dulu datang ramai2 dengan kawan2 kali ni ramai2 dengan laki, anak dan adik aku.
Bertolak tengahari jumaat dari senawang ikut jalan simpang pulai.
Sampai brinchang pukul 9 malam.
Punyolah sangap tersangkut dalam jem waktu mendaki nak sampai ke brinchang .
Ingatkan xcident rupanya pasar malam punyo pasal.

Berderet2 kereta, bas dan lori naik ke atas tu.
Lori sayur yang dah biasa dengan jalan tu selamba je memotong yang kitorang ni ha duk pandang jelah ramai2.kang nak di potong kok bertembung dengan kereta dari depan.
Sia2 je bercuti kat spital cameron nanti.


Inilah homestay kitorang....homestay muslim rumah pangsa tingkat bawah sekali.
Ini pun rezeki dapat lepas seminggu tefon sana tefon sini cari homestay dan hotel yg kosong.
Maklumlah hari cuti umum bersambung dengan deepavali tu yang penuh je semuanya.
Dah rezeki anak2 aku yang dah lama merengek nak datang sini.
Nasib ada homestay ni yg kosong lagi kalau tak tahun depan lah baru plan balik.
Ni aku ambik gambar besar2 no tefon homestay ni kalau ada yg berminat nak stay kat umah ni.
Homestay kat arau ari tu aku tak ambik no telefonnya ramai lak yg bertanya.
Nak tau harga sewa semalaman leh call tuan umah tu.


                         Rumah ni ada 3 bilik ini bilik paling depan ada 2 katil queen.
                                       Aku berempat beranak tido dalam bilik ni.


Bilik kedua dan ketiga tapikan yg peliknya nak masuk bilik ke tiga tu kena masuk ikut pintu bilik kedua dulu. Bilik kedua ada satu katil queen kitorang wat bilik sembahyang je dan gosok baju.
Pintu tu pintu bilik ke tiga kat situ adik aku dik yah laki bini tidur situ.
Dalam bilik ke tiga tu ada bilik air dan tv.


Ni dapur ada peralatan memasak sekali sebelah dapur tu ada bilik air dan toilet.
Kiranya kalau family besar nak bercuti ke sini leh le masak2 sekali.
Belakang flat ni ada pasar basah subuh2 sepie adik aku dengar bunyi ayam kono sombolih.
Pastu mengagau esoknya citer macam2 dengan aku.
Heiii umah ni tak berantu le dah kau nak sangat tido bilik belakang siap ada bilik air sendiri dalam bilik.
Haa ko hadap le bunyi ayam dengan air sungai kat belakang tu.

Makanan kat cameron memang mahal kalau korang datang ramai2 nak makan kat luar.
Tapi kitorang ni tak kuasa le nak memasak bagai memang tak plan pun.
Dua hari tu kitorang makan luar je dah namanya nak berjalankan takde masa nak memasak bagai.
Sekali lunch sabtu tu makan 6 orang  kat kedai tomyam kena seratus lapan hinggit terus terlopong.
Bak kata adik aku kenyang sampai esok le tengok harga tak padan dengan quality dan quantiti lauk yg sampai kat meja.

Alaaaaa apo nak heran lori ikan,sotong,ayam nak naik cameron punyolah sangap ikut jalan berbukit berbelit belit tu yang harga pun sekali ganda dari kat bawah tu.
Sooo datang ramai2 elok le masak ramai2 kalau nak jimat.
Lain le korang anak tak ramai cam aku ni ataupun datang berbulan madu.
Atau pun kalau tekak rakyat jelata tak cerewet tapau je mee goreng atau nasik goreng kat pasar malam brinchang tu untuk dinner.
Homestay ni dekat dengan pasar malam brinchang dan ladang strawberry mide valley depan homestay ni jeeee....
Nak breakfast strawberry pepagi tu pun boleh jeee.
Klau tekak korang tekak omputih leeeee.....

Okey nanti kito sambung part 2 gi jalan2 sekitar brinchang.





2 comments:

nabilah_2908 said...

saya tak pernah sampai Cameron lagi..tapi sedang plan juga ni...nak cari hari bukan cuti umum.. :)

homestay ni macam best...terima kasih sudi kongsi :)

maznifaeza said...

Dah lama tak ke sana. Masih sejuk lagi ke? Btw tqvm krn dpt info berguna dari artikel ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails