Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, November 11, 2014

Holiday cameron highlands part 11.

Assalamualaikum.....


Hari sabtu 25 oct 2014 hari pertama di brinchang.
Pagi2 dah bangun dan kami berenam bersarapan di kedai makan yg berdekatan dgn homestay.
Kat situ ada nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, kuih muih, ayam goreng dan telur goreng.
Tokeynya pompuan tapi very ala ala rugged siap berambut perang mokcik tu.
Aku ingatkan dia kuli pasal duk dlm dapur buat air , goreng ayam.
Rupanya tokey bosar dia yg kira makanan kami dan ambik duit.
Satu lagi dia tak suka duit 5 sen...dia pulangkan balik kat kau kalau bagi duit limo sen tu.




Bee farm adalah destinasi pertama kami.
Tengok pembiakan lebah dan depan mata berterbangan lebah lebah kat muka .
Tapi jangan takut menatang tu tak gigit kau pun.
Kat dalam ni ada kedai kedai jual cenderamata dan madu lebah yg original.
Harga boleh tahan berbaloi dengan qualitinyalah kannn..
Kat bawah bangunan ni ada ladang lebah kita boleh turun kebawah tengok tempst pembiakkan lebah tu.
Masuk sini adalah percuma keluar pun percuma kecualilah korang beli something kat sini dah tentulah kono bayar dulu sebelum keluar pintu tu.


Ni bahagian bawah bangunan tu.
Kotak kotak tu adalah rumah cik bee.



Zoom dokek sikit kasi korang tengok cik bee cik bee ni wat kojo.
Menghasilkan madu yg terbaik untuk kesihatan manusia .

Replika cik bee kat belakang aku ni sama macam aku datang spoloh tahun lepas.
Cuma catnya dah agak selekeh dulu masih kelihatan baru.
Spoloh tahun lepas aku bergambar dengan kawan kat depan cik bee ni.
Tapi hari tu aku sorang je kat situ.
Mengimbas kenangan gitewwww....


Selepas bee farm kami pergi ke sini pulak .
Tengok bunga bunga yang cantik2 kat sini.
Nampak tak uncle yg tengah mengecat tu?
Dia sibuk mengecat sekumpulan budak2 india sibuk lak turun naik tangga tu.
Aku tengok muka dia semacam je tahan sabar kalau tak kerana kerja makan gaji mau je dia cat muka budak2 india tu sekali.

Masuk rose farm kono bayar tiket 5 hinggit seorang dewasa.
Ini harga masa ni lah tak tahulah tahun dopan lepas ada GST mungkin up lagi 6% kot?


Kami berlima yang satu kepala suka jalan jalan.
My hubby tunggu kat bawah dalam kereta tak larat nak daki tangga rose farm tu katanya.
Copek bebenor laki aku ni jadi cam orang tuooo.


Ada banyak tempat menarik nak bergambar dalam rose farm ni. Salah satunya adalah replika snow white dengan 7 orang kerdil ni. 



Dari atas ni korang boleh nampak pekan brinchang.
Sayup jee dari atas mandang ke bawah. Ada lagi tinggi tempatnya tapi kitorang dah tak larat nak naik lagi.
Tak tahulah entah berapa banyak dah lemak aku  hilang selama mendaki kebun rose tu.
Cukuplah sampai kat sini ...sikit lagi kat atas tu lenkalilah kitorang datang kalau ada rezeki umur.
Lagipun hari dah tengahhari ...my laki dah jerit2 dalam tepon suruh turun .
Sudah laparrrrr katanyaaaa...



Bosar bosar rosenya...kau hadoooo ??

Selepas turun dari sini kami singgah di kea farm rayau2 tengok macam2 ada di jual kat situ.
Dari hasil pertanian hinggalah pakaian dan cenderamata.
Semua ada kat situ ...sesaknya tak usah cakap lee.
Tak sempat nak ambik gambar kat pasar kea farm tu sebab cuaca mendung dan tetiba jee ujan turun lebat.
Kalau nak ke kea farm seelok2 nya hari terakhir time nak balik tu.
Boleh beli buah buahan dan  sayur segar kat sini pastu terus balik.

Balik dari kea farm singgah makan tengahari kat kedai makan tomyam seratus lapan hinggit tu.
Sementara tunggu makanan sampai aku solat asar kat masjid dekat situ lepas solat terus tercicir stokin aku kat masjid tu.
Sampailah balik keesokkan harinya aku terus lupa nak ambik balik sepasang stokin aku tu.
Itu tandanya aku akan kesana lagi sebab ada barang aku kat cameron tu...hahaha..

Sebelah petang kami merayau kat pasar malam brinchang je lagipun cuaca mendung macam nak ujan lagi malam tu. Pasar malam brinchang jugak dekat dengan homestay tu kami cuma jalan kaki je.
Tak perlu berkereta bagai lagipun sepanjang jalan sesak dengan orang orang dan kereta keretanya.


1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Kalau ke sana tu yg buat kita rambang mata pokok-pokok bunganya yg subur dan bunga yg lebih besar sizenya kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails