Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, November 16, 2014

Holiday cameron highlands part last...:))

Assalammualaikum.....

Nyaris tercicir entry yg satu ni.
Maklumlah wanita bekerjaya macam nilah nak tulis blog kena cari masa yg sesuai .
Kena dahulukan urusan kerja, rumahtangga dan macam macam hal lagi.
Lagi pun mood tu yang paling penting baru ada banyak idea nak menulis.
Kali ni kisah hari ahad 26/11/14 yaitu hari last kitorang kat cameron tu.


Okeyyy kita sambung dan mulakan dengan gambar pertama kat atas nun.
Selepas breakfast kat tempat yang sama hari sabtu tu kami mendaki bukit ke cactus valley ni.
Ini pun depan homestay kami tu je.
Kiranya berbaloi sangat menyewa kat homestay tu sebab banyak tempat yg menarik berdekatan situ.
Tapi hari pertama sampai tak perasan semua ni...gigih le mengugel bagai rupanya depan umah jo kau..
Tak singgah lama kat dalam cactus ni coz semalam hari sabtu tu kami sempat singgah kat cactus di kea farm .
Kami lalu je untuk naik ke atas sebab tujuan utamanya mahu ke sini......


Big red strawberry farm.
Terletak sebelah atas cactus valley tadi di sini korang boleh masuk kawasan penanaman salad, bunga dan strawberry. Tapi nak masuk ladang strawberry tu ada syaratnya...


Kena ambil bekas yang aku jinjit tu dan cuma dua orang je boleh masuk untuk petik sendiri strawberry dalam ladang.
Minima adalah half kg dan bayarannya 25 hinggit jo kalau kau petik limo onam bijik ko tetap dicharge 25 hinggit juga.
Korang mesti kata " eh mana boleh petik spoloh bijik kena 25 hinggit?"
Haaa dyorang tak bodoh yaa sayanggg dyorang akan topup kan bakul ko tu dengan strawberry yg dah siap sedia kat sebelah dia tu.
Soo totap kono bayar 25 hinggit half kilo.

Tapi kalau ko terlobih sampai satu kilo dan nak setengah kilo je leh cakap dengan chasier tu ko tak nak semua cuma nak setengah kilo je jadi korang cuma bayar 25 hinggit je dan dapat strawberry ko stengah kilo .
Yang baki buah ko yang ko tak nak tu dyorang akan simpan untuk topup kan bakul orang lain yang tak penuh setengah kilo tu.
Haaa gituuu le caranya...ada paham kaaaa ??


Ini hasil petikan aku dan anak dara aku tu.
Ngam2 je setengah kilo memang takmo ambik lebih pun sebab semalam kami dah beli strawberry kat pasar malam brinchang untuk buah tangan adik beradik.
Yang fresh petik sendiri dari ladang ni untuk aku anak beranak nak makan je .


Kat sini ada cafe untuk minum dan rileks2 cuci mata sambil tengok pokok2 salad yang subur kat tepi cafe tu.
Ramai gak orang datang minum kat sini.
Kalau tau ada kafe kat sini leh breakfast kat sini je tak payah pepagi makan kat gerai mokcik rambut perang tu !!.


Ni yang special...kek cisss stoberiii...hehe.


Menghijau gilaaa salad2 kat belakang aku tu kan?
Tengok pun naik geram alangkah bahagianya kalau semua ni ada kat belakang umah aku.
Maunya balik keja tetiap petang duk mandang daun salad je  keja aku...


Oppss ni satu lagi yang buat aku stress tahap dewa tak mau balik balik.
Bunga2 nya cantik2 ...bak kata kak zakie bloger TITISAN NURAINI tu besar2 bunganya..... buat hati teringat2 je kat sini.
Ehhh kan bagus kalau aku duk terus kat cameron ni time balik kampung leh bawak bunga,strawberry dan sayur segar untuk mak abah kan..kan...kan...:))
Kerana godaan mata akhirnya aku rembat sepasu bunga bogenia sewaktu turun dari sini.
Setakat hari ni elok je bernyawanya lagi pokok tu.
Nyesal pulak tak rembat daisy dan dua tiga pasu pokok yang lain tu.
Tak pe next trip kito rembat banyak sikit...bercuti sendirian berhad ni boleh kemana2 dan rembat apa je kita suka.
Tak ada masalah mengejar masa atau tak cukup tempat nak letak barang2 hasil rembatan macam ikut trip berkumpulan ramai2 tu.


Kami balik ikut tapah tak ikut simpang pulai macam naik sini jumaat tu.
Sooo berpeluanglah singgah kat ladang teh BHARAT ni sekejap.
Kalau singgah sini lebih mudah sebab ladang dan kafe nya berdekatan jalan besar.
Nak parking pun senang.
Kalau ke ladang teh BOH tu jalannya sempit dan berliku2 macam ular kena palu.
Kereta berselisih dengan bas dan lori bagai.
Mengerikan betul silap pusing stering maunya tergolek dalam ladang teh tu.


Kat BHARAT teh ni pun ada kafe jugak.
Aku teringgin nak makan skon kat sini sooo beratur le aku dengan dikyah mengorder teh,skon ,soup dan donat.
Harga kat kafe ni masih di kira murah lagi walaupun harga makanan aku hari tu lebih kurang 45 hinggit tapi ada macam2 dalam dulang tu dan kami minum berlima.
Kalau korang minum kat kafeteria ladang teh BOH  lagilah mahal dua orang minum je dah kena 50 hinggit !!


Permandangan ladang teh BHARAT dari kafeteria .
Luas ladang teh ni sambil duk minum2 leh nampak pemandangan hijau sejuk mata memandang.
Tapi bagi aku yang dah pernah ke ladang teh BOH BRINCHANG dulu aku rasa ladang teh kat sana lebih cantik.
Ladang tehnya berbaris panjang2 tak setompok setompok macam ladang teh BHARAT TANAH RATA ni.
Itu spoloh tahun dulu le keadaan sekarang tak tahu coz hubby tak mau kesana dengar jalan sempit je dia dah berpusing kepalanya 90 darjah.
Nak kalu teh BHARAT jugak singgah tak mau kalu kita terus balik...siap ugut aku lagi....cehhh !!


Berenti rehat bersama sama kit kat...eh silap bersama teh BHARAT.
Punyalah ramai orang minum kat sini nak cari meja kosong pun payah.

Okeyy berakhir sudah tujuh hari tujuh malam  lamanya aku nak sudahkan entry ke cameron ni.
Aku harap dapat datang kesini lagi dalam masa terdekat ni nak bawak mak dan abah aku lak.
Mesti dyorang happy dapat naik ke tanah tinggi yang dah tak sesejuk dulu dulu lagi.
Tapi air paipnya totap gak sojuk macam air batu.
Bagi orang tua tu feeling2 sojuk kat cameron dulu manalah taukan dapat lak  mak abah pergi ke eropah main salji satu hari nanti.
Hahaha... Angan2 yang mungkin jadi kenyataan...sapa tau kannn...Aminnn !!

Yang pastinya stokin aku ada tinggal kat masjid brinchang tu.
Memanggil manggil je aku datang jemput dia...huhuhu...

2 comments:

Cikna said...

G cameron dulu xsempat nk petik stroberi yg fresh sdhnye beli yg dh siap 4peket rm10, cactus dpt 5pasu sbb dh lma aim...^_^

ariana said...

Kalau ke cameron mmg rasa nk pg lagi..
Paling suka kedinginannya buat diri rasa nyaman je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails