Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, January 14, 2016

2016....awal tahun yg panas dan sibuk.

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua silent reader...?
Terima kasih ya yg datang menjenguk kesini walaupun tuan tanah kedaung ni lama menyepi diri.
Terima kasih yang masih sudi mengomen tu .
Bila nampak ada yg tinggalkan komen terasa bersalah bila tak menulis langsung kat sini.

Okey...semua orang tahu sekarang ni cuaca negara kita sangat2 panas.
Air- cound kat ofis aku tu yg guna 5 hosepower tu jadi sewel gak time paneh2 ni.
Pagi2 ok lagi sejuknya masuk pukul seploh pagi dia mula buat hal sejuk pun macam tak sejuk.
Masuk petang lagilah pulak.
Dah servis dah ...aircound pun baru tapi tak terlawan gak dengan cuaca panas yang tuhan bagi ni.
Beberapa hari lepas aku mula sakit kepala terasa bahana panas ni.
Air kosong memang jadi teman setia dah...tetiap malam sebelum tido kena mandi sekali lagi kalau tak memang tak selesa tido.
Sekarang ni kita ikut je nasihat yang di keluarkan kementerian kesihatan kalau tak nak masalah lain yang timbul nanti.
Aktiviti luar rumah kurangkan kalau boleh elak kan langsung.

Oh ya sejak bukak sekolah hari tu hidup aku mula kelam kabut balik pagi pagi.
Bangun je tidur lepas solat subuh terus berlari kedapur buat sarapan.
Tahun ni anak bujang sekolah pagi so tak ada yang nak tolong aku buat keja umah pagi2 lagi dah.
Kalau ada basuh baju aku kena ampai baju dulu sebelum pergi kerja dulu si bujang yg tolongkan.
Lepas buat sarapan aku masak terus untuk lunch dan dinner nanti.
Kang si bujang balik sekolah nak makan tengahhari pastu pukul 8 malam kena pergi tuisyen.
Pukul 6petang kang ada temujanji depan tv tengak citer suraya.
Bila dah terjebak nilah padahnya citer ni pun lambat nau habisnya .
Pastu siap kerja umah bergegas lak nak pergi kerja.

Sekarang ni parking punyalah susah pukul 7.30 pagi dah full dah.
Aku bersiap ala kadar je capai kunci terus start kereta kalau boleh terbang kereta tu aku terbangkan.
Dek pasal nak berebut parking kalau lambat seminit je alamatnya parking tepi jalan le keta aku.
Selalunya aku dapat parking kosong yg paling last kalau nasib baik sikit adalah 2 yang kosong.
Nasib tak baik langsung tak ado parking..huhuhu...
Lepas aku dapat parking kereta2 yang kemudian tu semua berderet tepi jalan.

Inilah kesibukkan aku sepanjang 2 minggu sekolah ni.
Ni nak mengadap sampai ujung tahun harap2 semangat aku cukup kuat le nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails