Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, January 25, 2016

Memanjakan diri di spa areca,senawang.

Assalamualaikum....

Ini story tertunda sebenarnya.
Kejadian berlaku 15 january hari tu.
Dah lama bebenor badan ni tak dimanja manja kan.
Asyik memanjakan suami dan anak2 je badan sendiri tak di pedulikan.
Jadi sempena cuti befday Yang Di Pertuan N.Sembilan 14january tu aku ambik cuti direct sampai ahad.

Ompek hari bercuti adalah untuk diri sendiri.
Berehat, ber spa, dan buat semua yang aku suka untuk diri sendiri memang menyeronokkan.
Terasa betapa letihnya aku 2 minggu awal persekolahan ni.
Berkejar2 mengejar masa pagi2 amatlah memenatkan.
Jadi dapat berehat 4 hari dan berurut satu nikmat betul .

Kebetulan spa areca ni ada buat promosi untuk urutan satu badan.
Promosi ni sampai hujung bulan ni.
Hari tu aku ambil urutan italy roses.
Bersauna sekali terasa ringannya badan bila semua toksin dalam badan keluar.
Next time nak ambik urutan halia pulak kat sini kasi keluar itu angin kus kus yang bertepek dalam badan ni.

Sekarang ni aku nak lebihkan masa dan duit untuk diri sendiri.
Nak hargai kehidupan yang semakin bergerak ke penghujung.

Psstt...aku tak reti le nak tepek gambar dari galery kalau update blog guna telefon ...ada sesiapa yang boleh ajarkan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails