Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, March 19, 2013

Ops Wifi..

Assalammualaikum...!

Ingat Lahad Datu je ada operasi daulat..... aku pun ada operasi tauuu .

Semenjak rakyat jelata dalam umah aku  ni celik IT , pengunaan berukband sebagai jalur lebar internet bukan sesuatu yg sangatttttt sangat bijak.
Beberapa tahun yang lepas sewaktu mula mengunakan broadband cuma aku dan hubby saja yg bergilir-gilir mengunakan laptop.
Sesekali berebut jugak lah pasal dia nak bukak FB aku lak nak "menginding" blog.

Tapi sekarang ni semua yg ada kat umah ni dah celik IT dah ada pula akaun  FB dan Twitter.
Pengunaan broadband tak relevan lagi dah !!
Walaupun aku dan princess mengunakan handphone yang ada wifi tapi kami tak boleh search apa2 pun dari internet apalah lagi nak blogwalking.
Perebutan sebijik laptop dan seketul berukband menjadi sangat-sangat serius hinggakan aku terpaksa buat keputusan untuk melancarkan OPS WIFI kat dalam umah ni.



Hari ahad minggu yang lepas aku terus tukar dari broadband ke wifi.
Aku ambil pakej yang boleh guna lebih dari 3 orang.
Macam ni barulah adil semuanya boleh gunakan samada melalui laptop. handphone ataupun ipad .
Pada masa yang sama tak perlu lagi nak berebut rebut ompek beranak depan laptop tu.




Aku tempah sekali mini ipad kat apek ni.
Beli dengan dia siap cetak nama lagi kat belakang ipad tu...okey aku setuju.
Aku tak tau lah lain tempat ada buat servis macam ni ke tak tapi mini ipad tu dah ada pun dalam tangan aku sekarang .
Aku siap letal url blog aku lagi kat belakang ipad tu cam poyoooo jeeee....ado den kesahhh ??
Lepas ni lagilah senang aku nak BW.... leh dari ipad terus tak payah berebut laptop dengan rakyat jelata dalam umah ni.
Den duk baring ateh katil pun leh baca blog dah... sambil masak pun boleh... masuk bilik air pun leh bawak sekali..hehehe....


Mini ipad ni adalah ganjaran untuk diri sendiri selepas penat bekerja selama setahun yg lepas.
Aku gunakan separuh duit bonus aku untuk menghargai penat lelah aku bekerja.
Bagi aku hadiah untuk diri sendiri mestilah ada setiap tahun sebagai motivasi diri sendiri .
Setiap tahun pasti aku akan asingkan separuh duit bonus untuk benda2 macam ni.
Yang penting aku dapat apa yang aku nak hasil titik peluh aku sendiri barulah aku puassss !!

Kalau malas nak update blog pas ni apalah pulak alasan aku ya ...:))


SALAM UKHWAH


 

3 comments:

Rinna said...

Bagus laa gitu tak yah rebut2kan.. Saya kat rumah pun wifi gak.. guna Umobile leh guna 5 org.. :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

RINNA...Memang byk yg bagusnya yg penting tak do perang mulut lagi..hehe..

ariana said...

Baru lah senang kan..satu family blh guna..lps ni CT pun kena rajin2 lah menghapdet blog n blogwalking ye.,:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails