Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, March 8, 2013

Darah Satria.

Assalammualaikumm....

Di hari Jumaat yg mulia ini marilah kita bersama2 sedekahkan Al-fatihah buat semua angota2 polis yang gugur sewaktu menjalankan tugas di Lahad datu dan semporna, Sabah . Semoga roh mereka semua tergolong di kalangan roh2 orang yg beriman dan mendapat ganjaran pahala syahid.

Doakan jua semua perajurit2 kita yg berada di barisan hadapan di Sabah berada dalam lindungan ALLAH SWT... perjuangan dan pengorbanan mereka tak mungkin boleh di jual beli dengan wang ringgit.. semoga bumi bertuah yg  tercinta ini akan terus terbela dari sebarang pencerobohan dan keganasan ..... sakit di sabah sakit jua kita di semenanjung.






Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah
Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Darah satria darah satria

Berkobar di dada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara
Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia


SALAM UKHWAH

Friday, March 1, 2013

KISAH KELEBIHAN SOLAT SUBUH DAN ASAR DI AWAL WAKTU.

Assalammualaikum....
Salam Jumaat hari penghulu hari...



Malaikat berganti-ganti menjaga manusia pada siang dan malam. Malaikat yang menjaga manusia pada siang hari... akan datang pada manusia di waktu subuh dan akan pulang pada waktu asar,manakala malaikat yang menjaga manusia pada malam hari akan datang pada manusia di waktu asar dan akan pulang pada waktu subuh. (Beganti-ganti)

Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawannya Rasulullah SAW bersabda : "Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka ketika mereka sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar bagi mereka yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, dan ditinggalkan Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, sehingga Malaikat melaporkan keadaan hamba-hamba Allah ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan laporan yang baik.

Oleh kerana itu agama sangat menganjurkan pada ummatnya untuk menjaga solat di awal waktu dan dengan berjemaah di mana azan diazankan, terutama sekali solat subuh dan solat asar yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan solatulwusta, pada ketika itulah pengantian Malaikat, antara Malaikat penjaga malan dan penjaga siang. Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.





SALAM UKHWAH
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails