Hari ni aku nk cerita pasal taman comel aku ni pulak....adalah beberapa pasu bunga dan tanaman dapur yang aku tanam dalam pasu.Almaklumlah rumah aku tak ada tanah My Hubby dah simen sampai ke pagar,terpaksalah aku bercucuk tanam dalam pasu.Harap-harap satu hari nanti aku berpeluang ada rumah yang di kelilingi tanah macam-macam pokok bunga ,sayur dan buah boleh tanam puas hati aku!.okey layan gambar-gambar kat bawah tu ye...;)
Ini pokok limau kasturi aku,waktu beli ada beberapa biji buahnya , aku alihkan sendiri ke dalam pasu ni biar dia selesa sikit nak membesar.
Ini pulak pokok pandan aku,kalau nak tau dah 6 tahun aku tanam dia dalam pasu ni.Dulu pandan ni tanam atas tanah lebih subur dan tinggi macam sireh junjung pulak selepas My Hubby menyimenkan laman rumah teres aku tu terpaksa aku alihkan kedalam pasu...gemuk juga pandan ni walau dalam pasu.
Ini pulak pokok bunga bukan pokok sayur ye kawan-kawan, rasanya semua kenal pokok bunga buluh dlm pasu sebelah kanan tu, tapi yg sebelah tu aku lupalah nama dia...hehehe jangan marah!.Kedua-dua pokok ni mak mertua aku bagi waktu tu kecil je lepas aku tanam dalam pasu besar ni dan dibelai di manja dia dah jadi sebesar ini!.
Ini juga pokok bunga aku.Pokok bunga mak datin ,bunga keladi cuping gajah ,bunga kemboja cina yg kanan sekali.Yang bunga putih kecil-kecil tu pulak pokok bunga kembang sepuluh sebab di panggil nama macam ni bunganya akan berkembang pukul 10 pagi.
Sebelah atas tu pokok bunga lidah jin atau pokok lidah mak mertua sebelah dia dalam pasu kecil tu pokok money plant dua-dua ni aku selalu letak dalam rumah.Sebelah bawah tu pokok money plant jugak tapi selalu duk kat luar sahaja.
Haa..yang ini pulak sebelah atas dua pasu kecil tu pokok kaktus aku yg pasu besar sikit tu pokok lidah mak mertua. Gambar bawah tu jugak pokok yg sama yg ini aku letak dekat singki dapur.
Ini pulak pokok - pokok bunga yang aku tanam dalam pasu gantung.Kebanyakkannya yang mudah di tanam dan senang di jaga.Al maklumlah aku ni wanita berkerjaya ada anak ada suami nak juga berkebun jadi kenalah cari pokok-pokok yang senang nak di jaga.
Ini adalah sebahagian dari pokok -pokok yang dah lama aku tanam.Mula mula duk rumah ni dulu aku banyak tanam pokok bunga kertas sejak aku dah beli rumah ni dan di ubahsuai bahagian depannya terpaksa aku hantar balik kampung pokok-pokok tu.Sekarang teringin balik nak tanam pokok bunga kertas,nantilah aku intai -intai dulu luar pagar aku tu kalau ada tempat yang sesuai sebab pokok bunga kertas perlukan cahaya yang banyak untuk proses berbunganya.
P/S : Menanam pokok memberikan terapi minda kepada diri kita malah ia merupakan penapis habuk yg terbaik kepada manusia.
No comments:
Post a Comment