Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, December 29, 2012

Bersanding... merah ong dan royal blue...


Assalammualaikum...!!

Dah genap sebulan Ayie nikah tapi citernya tak habis lagi...ni aku buat shortcut sekali harung majlis bersanding kat umah pengantin pompuan dengan sebelah aku pengantin lelaki sekali.


Lokasi : Daerah Jempol, N.Sembilan.


Malam selepas isyak Ayie dan Zura bersanding kecil-kecilan ..kata orang berinai kecil ..betul ke ?
Malam tu selepas acara bersanding dan makan malam dalam pukul 10 malam kami semua bertolak balik ke Jelebu.
Ayie pun kono ikut gak tak boleh tinggal mak aku tak bagi tinggalkan anak jantannya dulu...sok pagi leh tinggalkan kat orang jempol.


Bersanding sebelah siang harinya pula pengantin memakai baju warna merah sedondon dengan warna kemah makan sekali.
Tengok muka ayie dah naik lotih bergambar...gasaklah kauuu bukan selalu punnn !!!



Wajah dua orang tua yang melahir dan membesarkan kami 7 beradik...seorang demi seorang anak2nya di sambar orang.... lastly tingallah berdua balik cam zaman mula2 kawin dulu...huhuhu...

Lokasi : Daerah Jelebu,N.Sembilan.



Bersanding kat umah mak aku...kaler pilihan dyorang royal blue..
Memula aku tengok kaler cam tak cantik jeeee ...
Tapi lama-lama di perhatikan terserlah ke angunannya di mata aku.
Terus aku jatuh hati dengan kaler biru ni walaupun ada orang kata ini kaler biru orang tua.
Punyalah payah aku nak cari serba serbi barang ikut kaler tema ni hari tu.
Tapi alhamdulillah lah semuanya dah selesai dan berjalan lancar seperti di rancangkan.

Actualy kerana masing -masing terlalu sibuk dengan urusan majlis  tak seorang pun antara adik beradik aku yang ambil gambar sewaktu majlis di rumah mak aku hari tu.
Gambar2 yang ada kat umah mak aku ni  harapkan belas ehsan sedara mara dan photographer serta kawan2 Ayie dan saudara mara sebelah Zura yang ambil kat umah mak aku ari tu.
Semua 5 jenis menu makanan yang abah aku masak sendiri untuk tetamu jemputannya  pagi2 sebelum majlis kenduri besar tu pun tak dapat di snap.


Dah selesai kenduri baru aku perasan aku tak ambik satu pun gambar hidangan meja beradap pengantin yang aku masakkan bersama adik perempuan aku dik noor.
Tak dapat tengok gambar 5 ekor ayam golek yang aku bakar subuh-subuh gelap hari  tu.
3 ekor Ikan siakap dan 2 ekor ikan bawal aku buat masak 3 rasa.
Sayur campur yang mak cik aku tolong gorengkan dengan sos tiram.
Tapi nasib baik le akak sepupu aku yg kat melaka tu ada ambil gambar ayie tengah makan.
Dapat le aku tengok gambar udang panjat aku tu dengan telur puyuh......janji adoooo !!


Dan yang paling aku happy sangat2 pasal 600 kotak doorgift yg aku sponsor habis tak satu pun yang tertinggal atau berbaki malah tak cukup lak buat tetamu yang datang lewat sebelah petangnya..
Lauk pauk yg abah aku masak pun selosai...licin piuk belango kat penangah..
Yang paling penting tak ada pembaziran yg terjadi pada hari tersebut. :))

Okeyy selesai sudah kisah bina masjid baru ni.
Insya ALLAH tahun depan sorang lagi adik perempuan aku akan mengikut jejak langkah bang tehnya ni.
Selesai je adik2 aku giliran anak2 akulah pulak.
Pendek kato den ni sibuk dongan majlis nikah kawin oraaaang jelah haa..



SALAM UKHWAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails