Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Sunday, December 30, 2012

Genap sudah satu semenanjung aku merayap.

Assalammualaikum..!!

Tak mahu jauh ketinggalan jadi aku update cepat2 entry ni.

22hb December ari tu bersamaan hari sabtu... jam 9.50 pagi aku memandu ke Johor bahru membawa mak, abah dan dua orang anak aku.
Aku bercuti 4 hari sampai krismas duk kat JB.
Dah lama aku nak ke negeri paling selatan di semenanjung ni dan jgn tak percaya ini lah kali pertama aku menjejaki kaki ke negeri Johor Darul Takzim.



Aku dah sampai ke serata negeri di semenanjung ni termasuklah paling utara negeri Perlis.
Perlis tu pun dah 2 kali aku pergi dah .
Sempadan Thailand pun dah 2 kali pogi dah tapi Johor tak sampai2 gak lagi.... bukan jauh pun langkah satu negeri je nak sampai ke sinun.
Kalau Ayie tak kojo dan tinggal kat JB tak tahulah zaman tuk kaduk  keberapa lak aku dapat sampai ke negeri yg berjiran rapat dengan Singapura tu.

Tepat jam 1.30 petang aku dah duk rileks2 kat tepi plaza tol Kempas tunggu Ayie datang pasal aku tak tahu kat mana umahnya.
Korang kiralah berapa jam aku bawak keta dari Senawang ke JB ikut highway Air keroh tu.
Zura bini Ayie tak sempat masak kakak ipar ea dah terpacak tepi tol.... dyorang pikir aku lambat lagi sampai.... punyalah semangat aku nak sampai ke johor !!

Sampai2 je aku kat umah Ayie ujan turun selebat2nya sedangkan sebelum tu panas berdenting.
Agaknya cuaca pun leh terharu tengok aku  selamat sampai  ke Johor negeri terakhir aku jejaki dalam sejarah idup aku ni........ngeh ngeh ngeh !!





Pada sebelah malam Ayie bawak aku jenjalan ke PASAR BORONG PANDAN.
Mak dengan Abah tinggal kat umah pasal letih duk lelama dalam keta siang tadi.
Orang2 sekitar JB mesti tau bebeno tentang  pasar nikan ?
Banyak di jual haiwan2 segar dan harga pun murah2....patut le adik laki2 aku tu gomuk sojak duk JB ni.





Ayie dan Zura tengah pilih dan beli ikan.

Harganya berpatutan walaupun kos hidup kat sini mahal tapi kalau lauk2nya murah2 itu dah  cukup bagus.
Suka aku tengok pasar segar yg banyak pilihan dan harga murah ni.
Teringin lak dah pindah duk johor...hehehehe...

Tapi boringlahkan mengekor orang cari lauk pauk jee....
Ini aktiviti biasa aku buat setiap minggu kat umah aku .... bosanlah meh kita cuci2 mato kat sebelah pasar segar tu...jommmm....
Ayie dengan Zura merayau cari lauk aku dan PRINCES aku merayau  mengabihkan duit aku lak...


Selain dari jual lauk pauk dan sayur kat pasar borong ni gak ada jual macam keperluan hidup kita.
Ada gerai tudung, baju-baju, bantal-bantal....

Jual comin mato itam... 



kerongsang dan banyak lagilah..... abaikan tangan anak daro den tu !

Tak de mood ambik gambar banyak2 pasal aku dah separuh angau tengok macam2 barang ado kat sini.
Sempatlah aku rembat 3 helai tudung  dengan 10 biji kerongsang.
Tu tak sampai sejam aku kat situ tu...klau lagi lama lagi banyak le barangnya aku hangkut bawak balik.
Berpusing2 dari satu gerai ke satu  gerai pun leh tahan le lamanya kannn....

Kat pasar borong pandan ni jugak ada gerai makan2...macam2 makanan ada di jual.
Sampaikan aku nyaris tersesat dek nak cari rojak mee untuk abah aku.
Ayie pun satu suruh aku orang somban ni yg cari kat pasar tu manalah aku tau kat mana duduknya gerai jual rojak.
Dahlah kali pertama aku sampai kat sini !!
Nasib baik jumpa itupun separuh pengsan dah  aku merayau mencari dalam pasar borong yg sebosar2 pasar tu.

Kalau tak kerana abah aku lah yg kirim memang malas aku nak mencari rojak tu.
Lik umah aku tido  pengsan tak sedar diri di tambah lak letih drive sorang2 siang tadi dengan merayau2 dalam pasar borong.

Ni baru namanya berjalan-jalan.... nak sangat berjalan kannnnn....


SALAM UKHWAH

1 comment:

zino said...

kira nya dah jelajah seluruh pelosok negara la ya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails