Assalammualaikum...
Aku ada postkan gambar kat bawah ni dalam wall FB aku petang tadi,
Gambar pak cik naik moto ni pun aku dapat dari salah sorang kenalan aku dalam FB tu.
Pak cik ni sanggup bawa barang2 dan anaknya naik motor ni dari gombak ke maktab perguruan kat melaka.
Pengorbanan seorang ayah nak tengok anaknya berjaya tanpa menyusahkan orang lain sanggup dia bawak motor dengan perjalanan sejauh itu.
*credit mukabuku *
Bila tengok gambar ni teringat aku kisah 20 tahun lepas semasa aku bersekolah di sekolah berasrama di daerah JEMPOL Negeri sembilan.
Selepas habis SPM semua barang2 kepunyaan kita kena bawak balik semuanya ke rumah.
Abah aku cuma ada motor warna merah aje waktu tu jenis apa aku dah tak ingat..... mana ada keta macam orang lain.
Abah bawa semua barang2 aku naik motor macam pak cik tu.... dengan baldi basuh bajunya, beg buku2 aku ... macam2 lagilah penuh motor tu dah macam mamak yg jual roti petang2 tu dah aku tengok.
Aku pulak abah suruh naik bas bawak beg baju takut hujan tengah jalan katanya...
Bila di ingatkan balik kesiannnn sangat.... dari Jempol ke Jelebu tu jalannya bengkang bengkok... tak secantik jalan sekarang.
Kebun getah dan sawit kiri kanan.... berpuluh kilometer gak jarak perjalanan....nasib baiklah tayar motor tak pancit tengah jalan.
Hari ini aku gembira dan bangga sangat2.... dapat bawak abah dan mak jalan-jalan naik kereta aku.
Walaupun bukan kereta mewah atau mahal tapi abah selesa..... yang penting kereta tu aku beli dengan duit titik peluh aku bekerja.... aku yang pandu sendiri.
Dah merata tempat aku bawak mak abah jenjalan dengan kereta aku hasil dari pengorbanan wang ringgit dia sekolahkan aku dulu.
Dannn..... hujung minggu ni aku akan pandu kereta aku bawak abah ke JOHOR BAHRU .
Menziarahi Negeri tempat dia mencari rezeki hampir 40 tahun yang lalu... dah lama dia nak ke sana .
Cuma baru sekarang berkesempatan itupun pasal AYIE duk kat JB sekarang.
Semoga perjalanan kami berlima selamat pergi dan balik nanti.... Aminn !!
SALAM UKHWAH
3 comments:
sedih bila tengok keadaan pakcik tue....sanggup bersusah untuk anak2 berjaya...
Pengorbanan yang tidak ternilai harganya!
syukur.. semoga anak beliau bjaya seperti kak Ct juga..
amin.. mudahan..
wahhh.. mai jb?. like..
ttg hosp tu mmg betul hosp sultan ismail. syoknya jumpa kwn lama
Post a Comment