Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, December 18, 2012

Teringatkan kisah dulu-dulu..

Assalammualaikum...

Aku ada postkan gambar kat bawah ni dalam wall FB aku petang tadi,
Gambar pak cik naik moto ni pun aku dapat dari salah sorang kenalan aku dalam FB tu.
Pak cik ni sanggup bawa barang2 dan anaknya naik motor ni dari gombak ke maktab perguruan kat melaka.
Pengorbanan seorang ayah nak tengok anaknya berjaya tanpa menyusahkan orang lain sanggup dia bawak motor dengan perjalanan sejauh itu.

Photo: Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke me
laka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...
di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....

sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri...
semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....

pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.

- Pena : Kee Perantau Simpang Tiga -

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!

- Pena : @Kee Perantau Simpang Tiga -

dibenarkan : Like | Comment | Tag | Share :)

*credit mukabuku *

Bila tengok gambar ni teringat aku kisah 20 tahun lepas semasa aku bersekolah di sekolah berasrama di daerah JEMPOL Negeri sembilan.
Selepas habis SPM semua barang2 kepunyaan kita kena bawak balik  semuanya ke rumah.
Abah aku cuma ada motor warna merah aje waktu tu jenis apa aku dah tak ingat..... mana ada keta macam orang lain.

Abah bawa semua barang2 aku  naik motor macam pak cik tu.... dengan baldi basuh bajunya, beg buku2 aku ... macam2 lagilah penuh motor tu dah macam mamak yg jual roti petang2 tu dah aku tengok.
Aku pulak abah suruh naik bas bawak beg baju takut hujan tengah jalan katanya...

Bila di ingatkan balik kesiannnn sangat.... dari Jempol ke Jelebu tu jalannya bengkang bengkok... tak secantik jalan sekarang.
Kebun getah dan sawit kiri kanan.... berpuluh kilometer gak jarak perjalanan....nasib baiklah tayar motor tak pancit tengah jalan.

Hari ini aku gembira dan bangga sangat2.... dapat bawak abah dan mak jalan-jalan naik kereta aku.
Walaupun bukan kereta mewah atau mahal  tapi abah selesa..... yang penting kereta tu aku  beli dengan duit titik peluh aku bekerja.... aku yang pandu sendiri.
Dah merata tempat aku bawak mak abah jenjalan dengan kereta aku hasil dari pengorbanan  wang ringgit dia sekolahkan aku dulu.

Dannn..... hujung minggu ni aku akan pandu kereta aku bawak abah ke JOHOR BAHRU .
Menziarahi Negeri tempat dia mencari rezeki hampir 40 tahun yang lalu... dah lama dia nak ke sana .
Cuma baru sekarang berkesempatan itupun pasal AYIE duk kat JB sekarang.

Semoga perjalanan kami berlima selamat pergi dan balik nanti.... Aminn !!


SALAM UKHWAH





3 comments:

mrs kayrul said...

sedih bila tengok keadaan pakcik tue....sanggup bersusah untuk anak2 berjaya...

azieazah said...

Pengorbanan yang tidak ternilai harganya!

citarasa rinduan said...

syukur.. semoga anak beliau bjaya seperti kak Ct juga..

amin.. mudahan..
wahhh.. mai jb?. like..
ttg hosp tu mmg betul hosp sultan ismail. syoknya jumpa kwn lama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails