Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, February 13, 2013

Happy Chinese New Year..

Assalammualaikum...


Hari ni aku masih lagi bercuti sampai esok.
Jumaat ni kena keja satu ari pastu cuti lagi sampai ahad.
Itu pun kena keja sehari pasal Jumaat ni lori company kena hantar puspakom kalau tak aku leh sambung cuti seminggu macam kawan2 cina aku yg lain kat opis tu.
Pasal geran dan duit aku yg pegang kenalah datang kerja..huhuhu...

Cuti CNY kali ni aku bercuti ke JB lagi baru semalam balik ke Senawang ni.
Tapi story pasal cuti esok2 jelah ya .
Aku nak tayang gambar2 kemeriahan CNY kat opis aku ni.
Al maklum lah aku keja dengan company chinese suasana opis pun dah macam umah cino dah...






Ada banyak lagi department2 yg menghias opis mereka lebih meriah dari di atas tapi aku segan nak snap gambar kat sana kang banyak soal pulak.
Lagipun ramai kat opis ni tak tahu aku ada blog kalau tak susahlah aku nak menulis bebas kat sini kan..hehe..
Gambar2 ni aku ambik sebelum cuti ari tu tapi tak da masa nak up entry pasal CNY ni.
Tak nak folder handphone aku sesak dengan gambar kenalah aku postkan kat entry ni sekarang.

Semua ni dah hancur lebur dalam perut rakyat jelata dalam umah ni.

Okey yang ni pulak hamper yg aku dapat kiriman suplier2 untuk staf2 company.
Bukan aku sorang je dapat staf2 yg lain pun dapat gak.
Kami terima banyak hamper dan berpuluh kotak limau mandarin.
Ini adalah pandangan biasa setiap kali CNY kat opis ni.

Setiap tahun kami semua meriah dengan limau mandarin , bonus tahunan dan bonus keuntungan tak lupa juga ANGPAU .
Tapi lebih seronok lagi dapat bercuti panjang selepas penat setahun bekerja.
Lagi best cuti panjang + duit tengah banyak kan..kan..kan..

Minggu depan kerja balik untuk setahun yg akan datang dan bercuti lagi seperti sekarang ni dan tahun2 yg lepas2.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DAN TAHUN ULAR BUAT SEMUA KAWAN2 YG BERBANGSA TIONGHUA DI SELURUH MALAYSIA.

SALAM UKHWAH
















3 comments:

zino said...

selamat bercuti Tahun baru...

Kakzakie Purvit said...

Senario musim nak CNY mana-mana pun sama kan. Cuma office kakak tak adalah macam ct punya banyak dangling-danglin ye:)

aizamia3 said...

nampak meriah.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails