Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, May 14, 2014

Homestay Taman Arau Indah...Puas hati ~ tima kasih cik som.

Asalamualaikum ...


Alhamdulillah selamat dah sampai Arau pukul ompek petang semalam.
Kami bertolak dari senawang tepat jam 9 pagi semalam sampai sini ngam2 waktu asar.
Keseluruhan perjalanan menaiki mpv kesini amat selesa dan memuaskan.
Kami cuma singgah 2 kali je kat R&R untuk makan dan solat zohor.
Jauh lebih baik dari naik bas macam 2 tahun lepas masa adik aku konvo diplomanya.
Bertolak waktu yg sama tapi sampai time maghrib...dah golap baru sampai Arau.
Kali ni sampai awal nak solat dan buang air pun selesa tak tergesa2.

Tadi aku terbaca komen seorang reader kat blog aku ni tanya tambang bas ke ARau.
2 tahun  lepas aku kesini naik bas InterCity dari Seremban ke Arau.
Tambang sehala Rm 50 lebih kalau 2 hala tu pergi Balik rm100 lebih lah..
Mungkin bas ekspres lain pun lebih kurang tu jugak.
Klau naik seorang okey lah tapi klau bawak orang tua macam pengalaman aku dulu tak berapa sesuai dan selesa.
Masa duduk dalam bas pun sangat lama nak solat pun tak dapat.

Okey ini homestay yg kami sewa sepanjang kami di sini selama 3 hari ni.
Taman Arau Indah terletak berdekatan dengan UiTM Arau.
Dulu adik aku menyewa kat taman ni tapi bukan kat umah ni pasal tuan umah buat umah ni khas untuk homestay je.
Sewanya sehari semalam cuma $170.00 sahaja.
Rumah corner lot ada 3 bilik tido dan 2 bilik air.



Ini tuan umah ni namanya cik som.
Dia siap tunggu kitorang kat umah ni, baik orangnya.
Eh jangan tak tau taman ni adalah tanah sawah terbiar yg kini jadi taman perumahan umah teres.
Kepunyaan cik som empat beradik.
Ini citer shilla kat belakang  taman ni masih ada lagi tanah sawah yg masih di usahakan pemiliknya.




Ini ruang tamunya ada tv, sofa serta meja makan siap sekali air cond & kipas.



Sebelah meja makan ada partion mcm kat bawah ni.
Kat ruang ni kitorang wat ruang solat.
Semua perabotnya adalah pasang siap ke dinding tak perlu di ubah2 lagi.


Ni bilik tengah...umah ni ado 3bilik.
2 bilik ada katil queen dan satu bilik katil single.
Bilik utama ada bilik air.
        


Ni lak dapurnya tapi tak ada dapur masak.
Kettle tu adalah untuk masak air panas.
Ada jugak fridzer.
Dalam kabinet ada pinggan, cawan dan sudu.
Ada jugak beberapa tilam tambahan klau datang ramai2  bantal tu tak ada lebih kena le bawak bantal sendiri.




Lepas solat asar kitorang jalan2 kat belakang taman tu.
Kononnya nak tengok sawah padi sekali koooo semak yg ado.
Orang sudah menuai daaaaaa....


Malam tadi kami makan kat restoran Dapur Ibuku kat kat Kangar tapi gambar tak ada dalam iPad aku ni.
Sooo tunggu adik aku transfer gambar dulu baru leh citer pasal restoran tu.
Tak do gambar nak citer pun tak syok arr..
Ni  aku taip entri ni sambil tunggu shilla ambik jubah kat UiTM.
Lepas dia dapat jubah kang kitorang plan makan kat tepi tasik pehtu g padang besar dan gua kelam.

Dah berjam nunggu ha tapi pemandu pelancong tu tak balik2 lagi.
Kang kok kitorang merayau sendiri kok sosek  masuk Thailand jo kang.

Tuesday, May 13, 2014

Ke Arau Perlis...luahan hati si musafir.

Asalamualaikum ...


Aku sekarang berada dalam mpv exora bersama mak, abah, anak2 aku dan adik2.
Kami kini menghala ke Arau ,Perlis untuk menghadiri majlis konvo adik bongsu aku shilla di UiTM Arau pada hari Khamis ni.
Perjalanan yg jauh mungkin sampai hampir maghrib nanti.
Esok hari Rabu adik aku kena ambik jubahnya dulu pastu kitorang plan nak jalan2 kat sana sepanjang hari sok.

 

Berbagai dugaan yg aku lalui hari2 nak sampai ke hari ini.
Salah satunya adalah masalah kerani aku yg tetibaaaaa je Pulak MC sampai sebulan.
Sedangkan bulan lepas aku dah bagi tahu awal2 akan bercuti 4 hari untuk ke Perlis bulan ni.
Sebaik dia tahu aku nak cuti time tu lah Pulak pergi jumpa doktor pakar kat hospital mawar pastu admit wad pastu MC bersambung2 sampailah sebulan.
Sedangkan sakitnya dah lama time aku nak cuti nilah sibuk nak jumpa pakar.
Tahun lepas pun cam ni gak aku dah apply cuti dia admit wad jugak.
Tahun ni pun sama nampaknya tahun depan aku yg boking wad kat spital tu utk dia.
Dah tetiap tahun lak ko nak admit wad kan !!
Klau dah India tu India jugak ler ...... Geram betul aku di buatnya....

Tak boleh ke tunggu aku Balik bercuti dulu kok ko nk MC berbulan2 pun.
Aku nak cuti dengan senang hati pun tak senang hati.
Pasal tak ada orang nak buku D/O untuk barang2 yg nak keluar.
Dah lah semua kerja dia aku kena buat sorang2 dengan kerja aku lagi yg menimbun.
Nasib baik ada member lain yg baik hati sanggup nak tolong dan belajar buat kerja tu dalam masa 2 hari je.
Jadi dapatlah aku teruskan bercuti sebab ada yg tolong buka D/O sepanjang 4 hari ni.

Aku fikirkan dah tak ada can aku nak bawak anak2 aku dan temankan mak abah ke Arau bila bertimpa2 masalahnya yg datang.
Tetiap hari aku berdoa Mintak Allah lapangkan rezeki aku nak kesana.
Alhamdulillah akhirnya aku bercuti gak ke utara walaupun hati dan otak aku tetap ingatkan ofis tu.
Aku harap tak ada masalah besar yg berlaku sepanjang aku tak ada ni.
Semoga anak2 buah lain yg ada tu dapat uruskan kerja2 mereka sendiri.

Bagilahhhh can ahkakkkk ko ni nak holiday lak ha.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails