Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, January 2, 2013

Selamat tinggal 2012...Welcome 2013....

ASSALAMMUALAIKUM..!!




Hari ni hari permulaan persekolahan bagi sesi tahun 2013.
Seperti kanak2 lain anak2 aku juga memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.
Alhamdulillah anak aku yang sulung naik ke tingkatan 4 hari ini dan yang ke dua menduduki kelas tahun 6 sekaligus menduduki peperiksaan UPSR penghujung tahun ini.

Pejam celik antara sedar dengan tidak kedua mereka semakin membesar dan remaja.
Satu peringatan buat diri sendiri masa untuk di tinggalkan oleh mereka sudah semakin hampir walaupun mengambil masa bertahun tahun lagi.
Tapi yg pasti masa itu akan datang juga nanti.

Maksud aku bila mereka membesar , naik kelas , menduduki peperiksaan penting kemudian berjaya melanjutkan pelajaran keperingkat tertinggi mereka kena berhijrah dari rumah sendiri.
Selepas itu memasuki alam pekerjaan dan ada jodoh berkahwin pula dan mempunyai kehidupan baru mereka sendiri.
Akhirnya nanti tinggallah aku suami isteri terkontang kanting berdua di rumah yang  dulu penuh dengan hiruk pikuk suara anak2....seperti juga mak dan abah aku sekarang.


Oleh itu sebelum masa itu tiba hargailah setiap detik bersama anak2 kita kerana setiap tahun akan ada tahun baru dan setiap tahun juga usia kita  semakin bertambah .
Masa yang berlalu tak akan berulang sekali lagi.
Tetiba lakkkk aku rindu zaman kanak2 aku dulu..huhuhu...



Hari ini tutup diary tahun 2012.
Aku buka diary baru tahun 2013.
Dalam diary ini tiada secebis pun catatan hidup aku tertulis cuma hal2 bekenaan urusan kerja sahaja.
Di dalam blog RKTS aku inilah  diary hidup aku yang akan sentiasa terbuka sepanjang tahun walaupun tahun baru tiba bersilih ganti.
...... yang pastinya tak semua tertulis di RKTS ini, ada separuhnya tersembunyi sepi di lubuk hati aku sendiri.




SELAMAT TAHUN BARU 2013 BUAT SEMUA BLOGGER2 DI LUAR SANA DAN READERS RUMAH KECIL TIANGNYA SERIBU.
 
 
SALAM UKHWAH


1 comment:

ariana said...

Slmt thn baru dr akak..moga thn ini lebih baik dr tahun2 sudah..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails