Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, February 26, 2013

Pecah berkecai menyembah lantai.



Assalammualaikum...
 

 

Aku pernah masukkan entry tentang pasu di atas kat entry MINI GARDEN satu masa dulu.
 

Pasu ni di antara pasu kesayangan aku dah bertahun dah dalam simpanan aku....Pokok pun silih berganti.
Lokasinya pun berganti-ganti dari dalam umah aku bawa ke porch pastu masuk balik ke umah pastu ke porch balik.
Aku beli masa tu anak2 aku kocik-kocik lagi.
Sekarang dah bosar panjang dah.

Tengah malam semalam aku terdengar bunyi barang jatuh dan pecah tapi tak beranilah nak gi tengok.
Gila  aku nak keluar tengah malam buta tu nak gi tengok di buatnya yg lain menanti aku kat luar tu nanya jeeeee....




Bila bangun pagi tu aku tengok pasu aku tu dah tergolek atas simen dah.
Tak taulah angkara binatang apa yg punya kerja ni.
Kucing ataupun monyet sesat yg sekarang tengah heboh di katakan berkeliaran dalam taman aku ni.
Tapi aku yakin si monyet yg empunya kereja pasainya aku terjumpa biji-biji buah kat depan umah aku.
Takkan kucing makan buah lak kottttt ???

Minggu lepas  masa anak2 aku balik sekolah monyet tu duduk atas pagar rumah aku mengacah-acah anak aku nak masuk kedalam.
Nasib baiklah tak di apa-apakannya.
Dengar cerita dah buat laporan kat pihak yg berkenaaan tapi ado je lagi binatang tu.
Rumah aku ni dalam taman perumahan... pasaraya je keliling umah  tapi dah rasa cam duk dalam utan pekak dah siap ada monyet bagai mintak-mintak pasni takdolah lagi pasu aku yg jatuh berderai di langgarnya.


SALAM UKHWAH


 

Wednesday, February 20, 2013

~WW~ Siapakah sayaaaaa.....?????

Assalammualaikum....






SALAM UKHWAH

Friday, February 15, 2013

Angpau Merah dan tahniah buat Puan kurnia !

Assalammualaikum...


Hari ni aku baru start kerja selepas 6 hari bercuti.
Keja pun sehari ni je sok dan lusa rehat kat umah lagi.
Senayan nanti baru kerja terus menerus macam biasa.

Pagi tadi sebelum pergi kerja berlaku situasi yg melibatkan wang sepuluh ringgit.
Dalam keadaan terpaksa aku bagi duit  tu walaupun hati aku sakit.
Tapi ALLAH tu sentiasa nampak apa yg berlaku.
Tak sangka lak bila masuk kerja pagi tadi aku dapat angpau merah ni dan nilai duit tu sama dgn duit aku bagi kat orang tu pagi tadi.
Lebih buat aku terkejut duit baru yg aku campak kat orang tu duit baru jugak yg aku dapat balik.
Cuma ia lebih baik pasal bersampul kaler merah.

Ini yang dikatakan rezeki tu datang dengan berbagai cara dan tanpa di sangka.
Terasa macam duit aku pagi tadi tu pulang balik kat aku.
Alhamdulillah...Alhamdulillah.....rezeki di pagi hari :))

 
Dah jadi rutin  company akan beri semua pekerja2 sekeping angpau merah setiap tahun selepas holiday CNY tapi kali ni terlalu awal aku ingatkan senayan minggu depan.
 
 
 Aku nak ucapkan juga tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU buat kawan sekolah aku di SMADHM Jempol batch 91/92 dulu yang baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya.

Tahniah buat Puan kurnia yang bertugas  di meja wartawan Bernama dan semoga jodoh ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah dan diserikan lagi dengan cahaya mata yg comel dan soleh solehah.


SALAM UKHWAH


 

Wednesday, February 13, 2013

Happy Chinese New Year..

Assalammualaikum...


Hari ni aku masih lagi bercuti sampai esok.
Jumaat ni kena keja satu ari pastu cuti lagi sampai ahad.
Itu pun kena keja sehari pasal Jumaat ni lori company kena hantar puspakom kalau tak aku leh sambung cuti seminggu macam kawan2 cina aku yg lain kat opis tu.
Pasal geran dan duit aku yg pegang kenalah datang kerja..huhuhu...

Cuti CNY kali ni aku bercuti ke JB lagi baru semalam balik ke Senawang ni.
Tapi story pasal cuti esok2 jelah ya .
Aku nak tayang gambar2 kemeriahan CNY kat opis aku ni.
Al maklum lah aku keja dengan company chinese suasana opis pun dah macam umah cino dah...






Ada banyak lagi department2 yg menghias opis mereka lebih meriah dari di atas tapi aku segan nak snap gambar kat sana kang banyak soal pulak.
Lagipun ramai kat opis ni tak tahu aku ada blog kalau tak susahlah aku nak menulis bebas kat sini kan..hehe..
Gambar2 ni aku ambik sebelum cuti ari tu tapi tak da masa nak up entry pasal CNY ni.
Tak nak folder handphone aku sesak dengan gambar kenalah aku postkan kat entry ni sekarang.

Semua ni dah hancur lebur dalam perut rakyat jelata dalam umah ni.

Okey yang ni pulak hamper yg aku dapat kiriman suplier2 untuk staf2 company.
Bukan aku sorang je dapat staf2 yg lain pun dapat gak.
Kami terima banyak hamper dan berpuluh kotak limau mandarin.
Ini adalah pandangan biasa setiap kali CNY kat opis ni.

Setiap tahun kami semua meriah dengan limau mandarin , bonus tahunan dan bonus keuntungan tak lupa juga ANGPAU .
Tapi lebih seronok lagi dapat bercuti panjang selepas penat setahun bekerja.
Lagi best cuti panjang + duit tengah banyak kan..kan..kan..

Minggu depan kerja balik untuk setahun yg akan datang dan bercuti lagi seperti sekarang ni dan tahun2 yg lepas2.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DAN TAHUN ULAR BUAT SEMUA KAWAN2 YG BERBANGSA TIONGHUA DI SELURUH MALAYSIA.

SALAM UKHWAH
















Tuesday, February 5, 2013

Akhirnya aku jumpa gak Red Velvet kek ni.

 Assalammualaikum....


Princess dan kawan2 pengawasnya yg lain baru habis meeting kat sekolah .
 
 
Pukul 12 tengahhari Princess dan Prince call bagitau urusan mereka sudah selesai dan mintak aku jemput dyorang kat sekolah hari sabtu hari tu.
 
 
 
Disebabkan dah tengahhari dan kami pakat2 nak balik kampung aku pun malaslah nak masak bagai jadi bawak anak2 aku tu lunch dan makan kek kat MANGGO CAFE kat dataran senawang tu.
Lokasi tempat ni betul betuk mengadap taman perumahan aku tu tapi baru hari ni berpeluang jejak kaki kat sini.
 
Itupun pasal PRINCESS sibuk sangat ajak makan kek kat sini selalunya kami beli kek kat SECRET RECIPE je yg cuma selang seblock je dari MANGGO ni. Tak ramai pun orang makan kat dalam ni jadi selesalah aku 3 beranak lepak2 king kat dalam ni sambil borak2 dan makan kek sekali.
 
 
 

Aku biasa tengok kek ni kat blog blogger masakan namanya RED VELVET, puas dah aku peratikan kat kedai2 kek yg aku singgah tapi tak jumpa kek ni tak sangka lak kat MANGGO CAFE ni ada jual slice jadi aku ambik le 2 slice untuk aku dan prince. Rasanya lebih kurang macam kek yang biasa cuma kalernya yg sangat menarik merah terang.
 
Aku ternampak gak RAINBOW kek kat sini tapi mereka tak jual slice untuk dimakan kalau nak kena beli sebijik harganya aku nampak macam $84.00 kalau mata aku tak silap...Okeylah nanti kalau befday anak aku leh beli sebijik kek ni bagi adik beradik aku makan sekali dan aku dah tau kedai mana aku nak cari kek ni . Ari tu aku tanya kedai kek kat Econsave tu dia cakap sekitar seratus lebih .
 
 

Ni lak wings BBQ Prince aku punya.
Dia tak nak makan mee atau nasi pasal kat sekolah tadi cikgu dah belanja nasi lomak katanya.
Ratah lauk ajelah kannnn...
 
 
 

Ni lak aku punya .... spagheti bloggenies ( betul ke ejaan.. balun jelahhhh ).

Tapi rasa spaghethi ni kat sini agak kurang sikit kat tekak aku ni mungkin sos tomatonya tertumpah kot. Pada aku yang makan sedikit ni memang agak banyak gak satu plate tu untuk aku sorang, terpaksa gak prince aku tolong selesaikan kasi habis itu spaghethi.

 
 

Anak dara ni yang sibuk nak makan kek kat sini .
Dia order kek oreo satu slice dan orange juice .
Tak order makanan lain dah kenyang katanya.

Nampak gayanya macam aku sorang je yg ke bulur tengahhari tu.
 
 
 
SALAM UKHWAH
 

Saturday, February 2, 2013

Tenang...damai...seronokkkkk !!

Assalammualaikum......


Selamat pagi...
Pagi yang tenang....
Pagi yang mendamaikan...
Aku terasa macam berada dalam syurga jeeee ari ni...
Pasal apa ???

Pasal aku duk sorang-sorang je kat umah di pagi sabtu yang tenang ini.
Dah 3 minggu berturut2 aku kena kerja hari sabtu tapi hari ni dan 2 minggu akan datang aku akan bercuti sepenuh hari pada hari sabtu.
Lotih mak jahhhh.... dapat duk umah hari ahad jeeee 3 minggu tuuu...huhuhu...

Pastu kan yang lebih mengembirakan bila hubby aku kerja ari ni.
Princess aku lak ada perjumpaan dan mesyuarat pemimpin pemimpin pelajar di sekolahnya.
Prince aku  ke sekolah gak pasal ada gotong royong kelas.


Kesemua mereka akan pulang pukul 12 tengahhari nanti.

Sooooo pagi ni laptop ni aku sorang je gunakan  tanpa ada persaingannya dari budak berdua tu..
Tv pun aku leh tukar mana2 channel yg aku suka tanpa perlu berebut dengan laki aku.
Dah lama sangat tak rasa seronok dan setamak hari ini.

Hahahaha.....lihatlah dunia betapa aman damainyaaaa aku sekerat hari niiii !!!! ( sambil tergelak macam cik ponti )

Jangan hairanlah bila ari ni aku dapat update blog pagi2.


SALAM UKHWAH




Friday, February 1, 2013

Anak keeee..... cucu ???

Assalammualaikum...



Tadi aku bersiar-siar kat  MUKABUKU  kawan sekolah aku dulu.
Dia ni kira juniorlah kat aku .
Muda setahun dari aku maksudnya aku tua setahun dari dia..apa-apa ajelahhhh.
Tapi yang buat aku terkejut terkujat bila tengok gambar baby dalam wall dia baru-baru ni.

Kat wall tu dia ada kata CUCU BARU dia.
Tapi aku ni fikirkan anak saudara dia punya cucu ke ...
Kiranya cucu gaklah kat diakan...
Ataupun anak buahnya yang lain punya anak pun leh jadi cucu kat dia jugakkan...

Tapi andaian aku tu silap 100% bila aku baca komen kawan2 lain kat dalam wall tu.
Rupa-rupanya baby tu adalah CUCUnya yang kedua dari anak perempuannya sendiri.

KO DAH ADO CUCU SUNITAAAAAAA !!!!!!

Terkujat tahap otomen aku sekejap mengenangkan umurnya muda belia 37 tahun dah ado duo orang cucu..huhhuu !!!
Eden ni anak baru jeee naik tingkatan ompek anak ko lak dah ado anak duo orang...alahaiiiiii !!
Nampaknya anak dia pun mengikut jejaknya kawin awal dapat anak awal gak.
Sok sok dapat cucu pun awal gaklah gamaknya.
Aku bayangkan dia jalan2 bawa cucu-cucunya kalau dia ngaku anak sendiri pun orang percaya habis.

Rezeki kawan aku muda muda lagi dah ada cucu.
Panjang umur sempat lak dia tengok cicit dengan piut.




SALAM UKHWAH

































 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails