Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, March 28, 2014

Pulut kuning ekpress versi rice cooker.

Assalammualaikum ...


Ini breakfast aku sekeluarga pagi minggu ari tu.
Dah nak masuk hari minggu Yg baru pun dah baru ari ni nak update citer hari minggu lopeh.
Nampak tak malas ke tak malasnya aku ni mengupdate blog sendiri..huhu..

Okey tekak aku ni teringgin nak makan pulut Putih dgn sambil tumis ikan bills sebenarnya.
Tapi malam tu aku tergoogle kan pulak resepi pulut kuning versi rice cooker ni Kat salah satu blog masakkan tu tak silap aku Nama blog tu MAK LANG tapi aku terlupa nak copy link blog tuan umah tu.
Kalau MAK LANG tersesat ke blog saya ni mintak halal kanlah resepi ni Yg saya copy bulat2 Dari blog kamu tu ya.
Ini kes malas nak menyalin semula tapi gambar Kat ateh nun ha gambar original Dari kamera iPad sy bukan cilok orang punyo  dohh.:))

Copy paste pulut kuning ekpress versi rice cooker.


Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat + 1 cawan air panas
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Cuci beras pulut hingga bersih..masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
Setelah mendidih..gaul pulut supaya x berkerak..kemudian biarkan hingga masak..
Sesuai dimakan bersama rendang, kari ayam & daging, kurma & sambal ikan bilis..
Kaedah yg sama ini juga boleh digunakan( jgn masukkan serbuk kunyit) memasak pulut utk kuih serimuka , pulut serunding..pulut ini juga enak dimakan besama serawa durian..


Tapi bagi pendapat anak tekak aku Yg dah biasa buat dan makan pulut kuning versi kukus ni aku rasa Yg kukus Lebih wangi dan sedap .
Terasalah kepuasan memakan pulut kuning cara tradisi ni Dari yang ekpress ni.
Tapi klau tiba angin Maleh di serta kan keter INGIN an Yg melampau Nk makan pulut kuning tu boleh aje Cuba versi ekpress ni...copek pun copek.



2 comments:

Siti Nooryanawati Mohamed said...

Wahhhh.....sedapnya. Serius terliur...dah lama btol x makan pulut kuning ni. Sedap je makan dengan rendang @ sambal bilis. Febreto nih...

Ct NoArizah Aris said...

yANA.... Leh bua hujung minggu ni ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails