Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, September 3, 2014

Berkecai Kecai hati aku macam rak kayu tu semalam..

Assalammualaikum....



Kejadian ni berlaku pagi semalam .
Aku terima panggilan telefon Dari pos laju senawang memberitahu barang aku dah ada di situ tapi dah pecah.
Aku Tanya macam mana lak boleh pecah sedangkan barang di bungkus dgn baik .
Mereka jawab barang  hanya di bungkus dengan plastic.
Okey ada keraguan di situ.... Mereka minta aku datang dan ambik sendiri barang tu.
Aku fikir nak datang Selepas waktu pejabat tapi hati aku tak sedap.
Aku ambik pas keluar berdesup aku  ke pos laju senawang .

Dah di tulis Jangan di baling kayu mudah patah...tak reti baca ke Hapa ??


Terkejut aku tengok bungkusan tu dah di koyakkan, tali pengikat telah di gunting dan barang aku bersepai   macam pesawat MH 17 cuma tak hancur je lagi.
Staf lelaki Kat kaunter depan tu bagi aku borang untuk buat aduan dan pesan suruh ambik gambar sekali dan pulang kan report dalam tempoh 48 jam Dari tempoh aku ambik barang tu.
Barang aku Yg dah bersepai tu dyorang masuk kan dalam plastic Putih besar.
Aku dah rasa macam jinjit  bungkusan mayat dah masa keluar Dari kaunter pos laju tu.



Aku  balik umah ambik gambar.
Hati aku cukup cukup cukup sakit sangattttttt tengok barang aku jadi rupa Ini.
Kalau aku jumpa orang yang buat tu mau je aku hempuk kayu tu ke muka dia.
Heiiiii aku bayar barang ni tau !
3 minggu aku Tunggu penuh sabar tup tup sampai Kat tangan dah bersepai macam ni.
Cam mana nak Guna dah rupa Ini????
Dari pada excited Dapat barang terus kelaut mood aku semalam.


          
 Ni kono pijak ko kono baling ni sampai terbelah  papan rak tu.

Aku call member aku budak polis Kat perlis tu.
Dia dgn suaminya terkejut  tgk gambar Yg aku msg kan Kat dia.
Dia Sedih barang tu berkecai sampai jadi macam tu sedangkan dia dah ikut prosedur Yg PMB arahkan.
Dia Sedih aku laaaaagi nak nangis  barang Yg sampai Kat tangan aku dah berkecai Kecai macam ni.


Dah siap ambik gambar aku masuk ofis semula.
Aku print gambar2 sebagai bukti pastu copy ic dan isi borang.
Tak payah Tunggu 48 jam .
Duobleh jam pun tak payah ..kul 5 petang semalam gak aku hantar ke pos laju senawang.
Aku Tanya dyorang kenapa bungkusan aku di koyakkan?
Mereka jawab " Ini Yg Kita nak siasat sekarang ni kak "

Okey bagus...korang siasat pastu bagitahu aku apekeheiiii korang bukak bungkusan aku tu.
Tak do Bom dalam tu dohh.
Nak cari duit ??
Sib baik jugak member aku  tu tak selitkan sekali balance duit aku dalam tu.
Tak amanah betul dyorang ni buat kojo.
Buat malu company jeeeee....

5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

Ya Allah.. ena yang baca pun berkecamuk hati ni... memang tak amanah.. ena pun penah kena.. kwn ena bagi duit raya kt ena rm10 tapi habis lesap bila sampai kat ena

jamilahamzah said...

alahai, sayang bekas ni dah jadi cmni... dah tak blh sambung balik ker sis?

SITI NOARIZAH ARIS said...

AINAA..ada buat report x dyorang ni melampau betul tak amanah jln kan tugas...sy tgh tggu siasatan dr PMB skrg ni.

SITI NOARIZAH ARIS said...

MAMA.... Next entry sy cerita kan ya.

Unknown said...

teruknya perangai some of the PMB staffs
mmg banyak kali dengar kes2 tak diingini..tp yg ni paling teruk rasanya..

kita pon berniaga online,, risau jugak barang2 customer rosak sbb perangai staffs PMB yg tak jujur

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails