Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, September 27, 2014

Kari ikan sembilang.

Assalamualaikum .....


Hari ni anak2 aku ada sekolah ganti maknanya kono Masak lunch awallah sikit.
Sorang sekolah pagi sorang lagi sekolah petang.
Tengok dalam freezer ada ikan talapia dan sembilang Lebih my hubby mancing minggu lepas.
Ermmm nak Masak apa ya banyak Yg tak ada ni soo nak clear kan ice book lah gayanya.
Ikan talapia tu goreng Ompek ekor wat goreng berlada cili API..
Sembilang lak ada duo kerat je dua dua pun Bahagian Kepala tapi satu tu panjang sikit.
Nak Masak asam pedas sembilang dah selalu sangat dah.....

Aku tak pernah Masak kari sembilang terasa nak mencuba.
Tapi takut gak tak laku Kat selera rakyat jelAta dlm umah ni pasal semua tak suka kari ikan.
Okeyyyy Kita Cuba buat ikan ni Masak kari kalau laku next time leh buat lagi.
Tak le jemu Dapat sembilang asyik Masak asam podeh jooo kannn..
Kalau tak laku aku sorang jelah Yg makan sampai habis kang...

Aku masuk blog kak Sheila spice journey tu dia ada resepi kari ikan sembilang dan nampak macam sodappp joo kannn.
Boleh test Guna resepi kak Sheila ni Kita tengok apa resultnya nanti.
Aku skip beberapa bahan dalam resepi kak Sheila ....ikut apa Yg ada dalam umah aku ni je.

Sooo ikan sembilang Yg dua kerat tu aku buang kepalanya tinggalkan badan.
Yang panjang sikit tu aku kerat dua dapatlah jumlahnya 3 kerat ...jadilAhkan kata nak testing je!!


Di sebabkan ikan cuma 3 kerat aku minima kan bahan2 Nya.
Bawang Kecik Merah, bawang Putih  dan halia di hiris halus.
Satu sudu halba campur ....Halba campur tu cuma gunakan Biji Sawi, Halba dan Jintan Putih/Halus.  Setengah peket serbuk kari ....ni pun Lebih kari aku buat mee kari hari tu.
2 sudu besar cili kisar , air asam jawa dan 2 tangkai daun kari segar Yg aku tanam sendiri pokoknya.
Di sebabkan stock sayuran dah kehabisan aku tak ada bendi ,terung atau tomato.
Aku   Letak sebiji ubi kentang di belah lapan.

Ada ke orang Masak kari ikan campur kentang ?
Belasah jelah Kita Yg buat dia kannnn...


Bahan hirisan tu di tumis wangi dalam minyak Yg dah cukup panas.
Masuk kan sekali halba campuran tu dan daun kari.
Kacau hingga bawang ke perang perangan pastu masuk kan rempah dan cili kisar Yg dah digaul sedikit air tadi....gunakan API kecil dan kacau selalu hingga rempah betul2 Masak.
Boleh masuk kan garam waktu ni supaya rempah di Masak cantik.... Itu Yg kak Sheila tulis dalam resepi nya.

ASam jawa kita ramas sekali dengan SANTAN sesiap sebelum dimasukkan ke dalam periuk. 
Dah Masak rempah tu masuk kan air asam dan santan tu.
Asam jawa kasi Lebih sikit Sebab ikan sembilangkan hanyir.

Tapi aku tak gunakan santan aku buat style kari India Tanpa santan cuma air asam dan air je.
Aku masukan sekali kentang masa ni dan Tunggu hingga mengelegak.
Selepas mengelegak masukan IKan sembilang dan api dikuatkan sedikit, kalau api kecik sangat air ikan tu akan keluar dengan perlahan dan kuah tu akan rasa kuat hanyir ikan.
Selepas ikan tu cukup Masak  kecilkan API dan biarkan kari ikan tu terbit minyak nanti nampak cantik je kuah kari tu.



Resultnya tak mengecewakan.
My hubby Yg tak suka kari leh mencedok kuah kari tu banyak kali masuk pinggannya.
Si anak bujang siap Tanya .. ada ikan tak dalam periuk ummi ?
Dah habis dikkk 3 kerat tu je Yg ada.
Sebelum ni bila di Tanya Masak kari laju je geleng Kepala ...nak asam pedas jugak.

Si anak Dara balik sekolah masa makan pun Tanya jugak ...ada tak dalam periuk lagi ummi ?
Hahaha.... Dah bertanya2 sedap le tewww !!
Dah habis nakkkk nanti ada ikan sembilang ummi Masak lagi banyak2 yaaa...
Hari ni bagi korang test sikit sorang je sok sok kasi makan pueh pueh.
Berjaya jugak aku mengKARIkan anak tokak rakyat jelAta dalam umah ni.

Tepuk bahu sendiri le aku hari ni....:))









 

4 comments:

zino said...

sedap tu

Butik GebuGebu said...

wahh terliurnyaaaa (T_T) Nasib baik tak ngidam,HEHE

http://butikgebugebu.blogspot.com/

Nor Marshaliza Shaidan said...

Sedapnya....jemput singgah

cik ina do do cheng said...

Sedapnya, dah lama cik ina tak makan sembilang : )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails