Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, September 5, 2014

Mee udang Yg femes dan tersodap di Nilai.

Assalamualaikum...



Entry makan mee udang ni sepatutnya di siarkan hari selasa hari tu.
Tapi di sebabkan hati aku Yg bergelodak dan membara dengan perangai budak pos tu sampai terbarai  rak kayu aku terpaksa up kan entry tu Dulu.
Kalau tak mau berhari2 aku meroyan mengenangkan apa Yg jadi tu.
Sampai hari ni aku Belum Dapat apa2 call Dari PMB lagi.
Tak peeeee Kita Tunggu minggu depan aku Yg Akan call dyorang nanti.



Okey aku dah lama teringgin nak makan mee udang.
Dah bertahun merengek dengan en suami aku tu ajak ke sepetang,perak nunnn.
Punyolahhh jauh nak makan mee udang semangkuk.
Tak di layan permintaan aku...aku cari alternatif lain.

Aku terbaca dalam banyak2 blog dah ramai blogger ke sini.
Yang mula kan Dulu tak lain tak bukan blogger femmes semelaya sifu BEN ASHARI tu.
Soooo bila tengok member blogger ramai Yg makan dan bagitahu sodap, sodap,sodap maunya  tak meleleh air liur aku  pulak ???
Haruslah aku terjah sekali bila tergoda dengan gambar2 mee udang tu dan harga Yg cukup berbaloi2.



Gerai mee udang kak Laila suppower ni terletak di Nilai berhampiran round bot Kat giant Nilai tu.
Aku tak pandai nak terang jalan dlm blog ni tapi kedai makan Yg tulis bosar2 seperti gambar Kat atas tu terletak tepi jalan je Kat roundbot tu.
Peh tu depan gerai ni ada tergantung replika keta warna kuning haa itu lah klu Nya.
Pepandailah korang cari tak jumpa Tanya orang kalau malu bertanya jawabnya tak dapek le makan mee udang.
Korang masuk ikut pintu besar bawah signboard tu dan pandang sebelah Kanan tak silap aku gerai nya no 2 atau no 3 Dari pintu masuk tu.

Nanti korang Akan nampak gerai mee udang kak D'LAILA MEE UDANG tu sebelah nya gerai sup power.
Gerai suppower tu pun dia punya jugak.

Hari tu kitorang order dua jenis mee udang....mee udang Sahaja ni ada 10 ekor udang saiz L .
Harganya cuma $12.00 Sahaja semangkuk ...percaya tak ??


Yang Ini pulak aku punya mee udang tapi ada campur dengan kupang.
Udang saiz L ada 10 ekor dan jugak kupang , kupang ni aku tak Kira berapa ketul tapi banyak gak lah.
Harga mee udang + kupang ni cuma $17.00 Sahaja ....percaya takkk ???
Percaya lahhhhhhhhhh........

Oh ya Kat sini ada gak mee udang galah dan mee ketam.
Ada gak mee kupang dan udang saiz M.
Korang nak campur mee dengan tigo jenis makanan Lautan pun boleh.
Harganya masih di Kira murah lagi dan Yg penting kesedapannya hingga menjilat sudu youuu...
Hari tu rezeki aku tak ada nak makan udang galah coz udang galah tak do stock.
Kotam pun nan ado Soooo kito makan apo Yg ado jolah.


Selain Dari nak melayan tekak aku ...tekak anak bujang aku ni gak tekak udang.
Budak ni berantu dengan udang ,sotong,kupang,kerang dan berbagai jenis makanan seafood.
Suka betul hati dia Dapat makan mee udang puas2 Kat gerai kak Laila ni.
Serius cakap memang sodap,podeh berapi berpoluh2 den menghirupnya.
En hubby kata " sedap mee udang Nya "
Okey itu Yg aku nak dengar Sebab bukan senang nak dengar dia puji makanan Kat luar ni sodap2.
Maknanya ada can aku nak hasut dia ke sini lagi.


Sebelum balik Kita borak2 Dulu dengan tuan gerai mee udang ni.
Kata kak Laila dia nak bukak satu cawangan Kat somban ni dalam bulan sembilan ni.
Lokasinya belakang tesco lama Dulu.
Tak silap aku sekarang dah jadi pasaraya rapid maknanya belakang pasaraya tulah.
Aku tak tau  sangat Sebab kitorang ni bukan jenis Yg selalu makan luar.
Jadi bila orang Tanya.. aku dah blur blur dah .
Tak pe ada kesempatan aku terjah lak gerai kak Laila Yg baru Kat somban ni nanti.



Melampau ke tak melampaunya......licin licau kauuuuu !!!

3 comments:

Kakzakie Purvit said...

Punyalah cantik dia susun udang tu CT. Tengok pun tahu sedapnya:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Kak zakie...itu namanya seni..hehe..Yg ponting udangnya fresh dan manis kak.

Mar Mansor said...

perghh udang besar2..tak pernah lg makan kat sini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails