Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, October 21, 2014

Laksa...aku bukan peminatnya.

Asalamualaikum ...


Aku yakin sangat2 ramai orang suka makan laksa.
Apa je jenis laksa atau mengikut pelbagai tema negeri pasti ada peminatnya.
Rata2 di sekeliling aku semua minat dengan laksa .
Termasuk le adik beradik dan hubby aku sendiri.

Seriesly aku bukan peminat laksa.
Laksa berkuah putih atau keruh dan mee nya gemuk2 kaler putih tak kena langsung dengan anak tekak aku.
Pernah sekali aku cuba makan selepas tengok kawan2 beria2 memakannya depan aku.
Baru sekali suap terkeluar Balik laksa tu.
Cam semacam je laksa yg rasa ikan masam2 tu.
Aku dah rasa nak muntah dah nasib baik makan dalam pantry kat ofis.
Kalau kat meja kedai makan termuntah aku atas meja tu agaknya.
Itu lah sekali aku makan lepas tu tak berani makan lagi dah.
Mak mertua aku buat laksa pun aku tak makan.
Akak ipar buat pun aku tak makan, dyorang pun dah paham yg aku tak minat dgn laksa ni.


Sampailah hari raya haji hari tu adik aku AZIRAH beria ia nak buat laksa untuk juadah hari raya.
Dia Mintak aku makan mana tau berubah lak perangai anak tekak aku kalau dia yg buat.
Seperiuk bosar kuah laksa dia siapkan.
Semua rakyat jelata dalam umah mak aku tu berebut rebut memakannya kecuali aku.



Ni mangkuk aku...saja cari cili yg ada biji biar terasa pedasnya nanti walaupun aku tahu bahaya makan bijik cili ni.
Nak isi bahan2 dalam ni pun siap di pantau kat adik2 aku ...jgn ada yg tercicir katanya mesti cukup bahannya.
Pastu semua duk depan aku tengok cam mana reaksi muka aku makan laksa tu.
Aku makan slow2 ala ala gadis Melayu terakhir gitu....auwww !!!
Pastu aku kunyah2 sikit, hirup kuah sikit sambil kelip2 mata.
Penonton kat depan aku tu pun kelip2 mata tengok aku.

Pastu serentak tanya.." Okey tak long?? "

Huh okey lahhh dah ko yg masak adalah rasa laksanya .
Tang telan tu aku telan je perlahan2 kang kok terkeluar Balik kocik lak hati adik den.
Tapi aku makan pun very the slow sangat .
Aku kata setakat boleh makan je lah tapi korang takkan dapat ubah tekak aku ni untuk kata " best in the world " kat laksa.

Ehhh ...tapikan ada satu laksa yg aku suka sangat makan.
Laksa Johor coz dia guna spaghethi dan kuahnya kaler merah cam kuah kacang .
Mungkin dia berbeza dari laksa2 yg lain tu yg aku suka sangat tu.
Kalau letak semangkuk bosar depan aku pun aku leh habiskan.

Kira okey le tu kannn....laksa le jugakkkk...hihihi...
Ada sapa2 nak belanja aku makan laksa Johor ???




3 comments:

Unknown said...

hoihhh, laksa sodap laaa, hahah

Kakzakie Purvit said...

Kakak pulak tak kiralah laksa apa pun kakak suka:)

Chekgu Azrine said...

Akk pun suka sgttttttt laksa johor..msa mengandung asikla mkn..puas!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails