Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, April 20, 2013

PRU 13 punya pasal..

Assalammualaikumm...


Pagi semalam pukul 8.30 pagi aku dapat pangilan dari  ibu pejabat polis daerah seremban.




 POLIS : selamat pagi puan boleh saya bercakap dengan puan sebentar. saya dari ibu pejabat polis seremban.
AKU : Ya .. kenapa tu? ( aku dah cuak ni pepagi polis call aku, rasanya aku tak de langgar lampu merah  pagi ni)

POLIS : Maaf puan menganggu, puan jangan takut lak polis call pagi2 ni ...sebenarnya kami nak memaklumkan kepada  puan yg  anak buah puan Mohd ...... di arahkan bertugas pada hari ini (Jumaat ) dan esok (sabtu).
AKU : Bukankah polis bantuan hanya bertugas pada waktu malam sahaja ? (staff aku ni angota polis bantuan daerah seremban )

POLIS : Ya puan tapi untuk 2 hari ini kami  mengarahkan semua anggota kami bertugas kerana  hari penamaan calon dan kami akan berikan surat pengesahan kepada dia nanti sebagai bukti dia bertugas untuk 2 hari ini. Surat baru sahaja di hantar pada pagi ini kepada kami dan kami berharap ia mendapat kerjasama yang baik dari pihak puan untuk melancarkan penamaan calon PRU 13 ini.
AKU : okeylah kalau macam tu cuma saya harap ada surat tunjuk sebab dari encik nanti kerana saya akan menguruskan cuti kecemasan dia ni.

POLIS : Terima kasih puan dan kami mohon maaf kerana memaklumkan kepada puan di saat akhir kerana ini arahan dari pihak atasan dan anak buah pun salah seorang angota kami yang mempunyai prestasi cemerlang semasa bertugas dengan pihak polis.


Perbualan yang terakhir tu aku tak pasti tuk polis nak bodek aku ke atau staf aku tu.
Tapi budak tu memang rajin bekerja dan senang menerima arahan .
Tak kisahlah dia nak ambik part time kerja apapun tapi aku ingatkan dia sewaktu bekerja jangan bagi masalah pada rakan sekerja pulak.
Jangan lak malam ko kerja berjaga jadi polis bila siang ko asyik nak ponteng atau MC .

Masa muda2 nilah kita kena usaha lebih untuk mencari rezeki.
Masa ni badan sihat otak pun cergas , lebih baik dari duk melepak tak tentu hala tuju tu.
Sok sok dah tua bangka nak kerja apa pun dah tak larat lagi dah.
Masa tu nak nyesal tak gunakan usia muda cari rezeki pun dah takdo guno lagi dah.

Kita kenalah  selalu untuk  ingat rebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara lagikan ?.


SALAM UKHWAH





 

8 comments:

Unknown said...

kalau staff ayu lagilah suka2 kerja,, suka2 tak kerja
pakallah kedai nie tempat ayu cari rezeki, sabar jerlah,
nak cari pekerja susah.. lagilah kedai makan tempat kerja y paling memenatkan

Bieaz said...

pagi2 polis call mana Xcuak hehehe

ariana said...

Nak tak nak terpaksa benarkan lah ye Boss..hehe

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU... Dapat org mcm tu mmg masalah besar bagi peniaga makanan mcm ayu ni, kerana mereka pelanggan pun leh lari nanti.

SITI NOARIZAH ARIS said...
This comment has been removed by the author.
SITI NOARIZAH ARIS said...

BIEAZ.... Yg lebih heran leh tau lak no telefon tu..hehe..

SITI NOARIZAH ARIS said...
This comment has been removed by the author.
SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... dah kena "berkhidmat utk PRU" lopehkan jo lah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails