Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, August 30, 2014

Apabila keluarga besar Ini berkumpul.....

Assalamualikum ...


Ehhh syawal dah habis dah tapi Jemputan open house tu masih ada lagi.
Rezeki jgn di tolak musuh jgn di cari.


Hari ni aku berada di seri kembangan meraikan hujung hujung syawal Kat umah ann,adik aku.
Majlis kecil ni cuma untuk adik beradik jeeee..
Masa untuk kami bersantai2 rileks2 sambil makan2 menambahkan berat badan masing2.
Ann jururawat Kat asunta jadi jadual kerjanya tak menentu.
Tu yang buat jamuan dah habis syawal tu.



Juadahnya ado mee kari laksa and the geng, nasi impit, kuah kacang, buah tembikai.


Puding permata...tuan umah katalah.

                                                  And koktel buah.


      Laki aku ni jadi tukang lak hari ni Kat umah orang.

                                         
Dek budak tecik busuk masham ni punya pasal, dia tido nak berbuai tapi datang umah orang Yg tak do anak kocik berbuai lagi, sudahnya tidur atas riba mamanya sebelum di transfer kan atas tilam.


Di sebabkan hari sabtu ada Yg masih bekerja lagi pagi tu.
Jadi kedatangan bertrip trip le ...kitorang kan ramaiiiii.
Ini trip pertama, aku Ompek beranak campur ayie tigo beranak dan mak,abah serta adik bongsu aku shila.


Trip kedua cik yah laki bini dengan bakal menantu baru mak aku.
Berpoloh poloh orang rawang tu baru lepas makan kari laksa.


Trip ke tiga ni Napie Ompek beranak sampai kul 5 petang.
Sib baik ada lagi makan makannya.


Sebelah petang tuan rumah hidangkan teh ,cempedak goreng, buah mata kucing dan kuih kuih lain.
Alhamdulillah kenyang kami adik beradik makan2 Kat umah ann.
Sebelum kami balik tuan umah paksa makan Nasik pulak.
Menu makan malam aku dah tak larat nak ambik gambar dah.
Terlampau kenyang sehari ni asyik masuk je tak keluar2 Dari perut.
Balik semua terus tido je tak payah Susah payah pikir bab makan lagi dah.
Tahun depan panjang umur buat le lagi ya.
Leh Kita lepak2 ramai2 sambil makan2 lagi.

 
                        Satu hari ni makan di tanggung Dari lunch Sampailah ke dinner .

3 comments:

yong norliza said...

nampak koktel buah..dapnyeee

Ct NoArizah Aris said...
This comment has been removed by the author.
Ct NoArizah Aris said...

YONG...Mmg sodap koktel ni di campur aiskrim soda dan sumi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails