Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, August 6, 2014

Sentap 1st day raya di tepi kubur kg renal.

Assalammualaikum...


Al kisah Nya kejadian ni berlaku pada raya pertama yang lepas sewaktu aku ,hubby dan dua anak aku ni menziarahi pusara arwah bapa mertua di kampung hubby.
Dalam perjalanan nak keluar Dari kawasan perkuburan tu adalah sorang mak cik tua ni tegur hubby aku tu.
Ye lah orang sekampung mereka pun bersalamlahkan termasuklah aku walaupun aku tak kenal sangatlah Nama mak cik tu.
Kang tak Salam kata lak Kita ni sombong.

Dalam pada bersalam tu dia Tanya Kat aku " berapa orang dah anak kau?"
Aku pun jawab le dengan lemah lembutnya "setakat ni 2 orang je "
Dia pun dengan bangganya berkata " apo sikit na anak ko...huh rugilah kau tak beranak ramai "
Aku jawab balik...jawab tetap jawab beb walaupun telinga  aku dah berdesing dengar dia cakap macam tu.
" rezeki Kita ni Allah tu yang tentukan, dah dia nak bagi 2 orang je nak wat camno "

Mak cik tua tu terus je diam  dengar aku cakap camtu tapi beberapa minit pastu di sambung balik ,
" tengok cam den ni ha sonang Jo anak ramai spoloh orang duduk je tak payah buek apo2 dyorang balik semuo dyorang buek kan"
Aku jawab dalam senyummmm lagi tu walaupun hati dah paneh dah ni " tak ramai pun ada gak 2 orang lbh baik Dari tak ada anak langsung "
Sebenarnya aku nak sambung lagi "ramai anak besar pulak amanah yang di baginya, kalau ramai tapi tak jadi orang ke, penagih ke, pencuri ke Masak gak nak menjawabnya besok mak cik"

 Nasib baik le aku tak sekolahkan orang tua tu dgn jawapan macam tu bila dah sampai umah aku citer Kat mak aku dia kata anak orang tua tu ada yang jadi penagih dan yang sewaktu dengannya.
Kebetulan hari tu ada orang kampung tu baru meninggal dan waktu tu orang tengah sibuk menggali kubur .
Kalau aku jawab kang silap2 mak cik tua tu tanamkan aku hidup2 dalam lubang tu.

Moral Dari citer aku nikan ramai antara Kita ni terlupa setiap rezeki manusia ni Allah tu dah tentukan.
Dia sebaik baik perancang dan dia Lebih tahu apa yang terbaik buat Hamba2 nya.
Ada orang dia bagi ank ramai ... Ada orang dia bagi anak sikit macam aku ni ha!.
Ada gak yang tak ada anak langsung walaupun dah lama kahwin.
Ada tu berderet jeeee anak lelaki... Ada pulak berderet jee anak pompuan.
Ada jugak tak di Beri rezeki anak tapi diberinya rezeki lain.
Ada anak sikit je sorang, 2 orang  tapi dia bagi Lebih rezeki harta pulak.

Yang ada anak ramai tu  amanah Yg di pikul sangatlah berat dan besar tau!
Bukan semestinya  berbangga dan riak beranak ramai tapi ALLAH suruh jaga dan didik amanah Nya itu menjadi sebaik2nya  Muslim.

Aku tabik laju2 tgk orang Yg ada anak spoloh orang mcm mak cik tua tu kalau semua ank2 Nya PERFECT Dari segala segi.
Bukanlah semestinya berpelajaran tinggi tapi semuanya menjadi ORANG dan ingat jasa mak ayah nya.
Ramai gak yang aku tengok anaknya ramai tapi mak ayah terbiar tak terbela, anak ada macam2 latarbelakang yang menyedihkan, terabai pegangan agamanya, rosak akhlaknya.
Sapo Yg nak jawab tuuuuu ???
Sendiri jawablah dalam kubur nanti !!.


Mungkin aku tak sentap sangat bila dia sebut " RUGILAH KO TAK BERANAK RAMAI " kalau aku memang nak anak 2 orang je.
Kalau aku memang planing nak anak sikit aku buat tak kisah je kalau jumpa orang mulut puaka macam si tua tu.
Bukanlah nak anak berderet2 macam mancis API terhempas ke lantai Tapi aku masih Harap ada rezeki lagi satu atau 2 orang anak.
Meriahlah sikit kan Lebih Dari 2 orang tu.
Tapi nak wat Camano rezeki ada 2 je setakat ni, redha aje lah.
Sejak anak bujang aku lahir 13 tahun lalu sampai hari ni sebijik pil perancang pun aku tak pernah telan.
Kalau aku  Yg ada anak ni geram dengar ayat si tua bangka tu bagaimana pula kalau terkena Kat orang Yg dah lama kahwin tapi tak Dapat anak lagi tu ?
Dah puas berubat, jumpa pakar, berurut bagai tapi tetap tak ado rezeki lagi.

" Rugilah ko tak ado anak, mudo2 tak nak beranak ramai , tengok cam den hi ha anak ramai kan sonang , spoloh orang kauuuuu " 
Okey Mari ramai2 secara berjemaah kita cili kan mulut dia..:))

Kesimpulannya setiap rezeki manusia tu baik anak ramai,sikit, harta Yg banyak , pangkat dan kedudukan Yg tinggi semuanya Dari Allah swt.
Jgn lah terlampau riak atau sombong sgt , bila2 je rezeki tu boleh ditariknya balik.
Sedangkan nyawa Kita ni sendiri  pun hanya lah PINJAMAN Ini kanlah  pulak harta dunia.
Sampai masanya nanti semua tu Akan di ambilnya semula .
Yang  Kita bawa dalam kubur tu nanti hanya lah sepersalinan kain kapan Yg berwarna Putih bersama amalan2 Yg sempat di buat Kat atas dunia ni.

Okey dh habis citer dah...... Meh kito sambung makan kuih raya.










3 comments:

Suri Ain said...

Kak Ain ni dah lali dengan kata-kata yang lebih pedas dari mak cik tu. Dah ditakdirkan Allah tak berikan zuriat walaupun dah puas berikhtiar. Redha dan sabar sajalah bila bertemu dengan insan-insan yang "yang berbudi bahasa" begitu.

Hazana Harun said...

Akak ada 3 org anak dara semuanya,syukur kerana itu lh rezeki yg Allah beri..

Shibam Jelita said...

memang biasa sangat situasi tu dik, esok dah ado 3, dio tanya lak, bilo nak nambah anak no ompek, hahah, sabar yo lah, selamat hari raya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails