Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, August 12, 2014

Raya ke onam pulak ~ part 1.

Assalamualaikum.....


Raya ke enam ni adalah kemuncak Konvoi kitorang.
Ini hari last beraya sebelum masing2 pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa.
Untuk hari Keenam ni plan asal 3 buah rumah je tapi ujung2 Nya jadi 5 buah rumah.
Ini Yg di katakan Kita merancang Allah tu Yg menentukan.
Tapi walaupun bertambah jadi 5 umah kami pulang sebelum malam gak.
Ngam2 je Bilal Azan Maghrib Kat masjid sebelah umah mak aku tu kami semua pun sampai umah.




Ini rumah pertama kami sampai.
Nak ziarah besan mak iaitu mak zura adik ipar aku tapi mak dia balik ke Lui pulak ada kenduri.
Alang2 dah nak ke kolompo ikut lekas tu kami singgah le rumah nenek zura di kampung daching,broga ni.


Aku suka sangat tengok umah ni pasal Nya ada ciri2 rumah melayu lama.
Kali pertama sampai sini raya tahun lepas tapi dah malam so tak dapek le ambik gambar.
Tahun ni saje je dtg siang Dapat ambik gambar umah ni puas2.
Tengok tu tangganya cukup le tinggi , berhati2 mak aku nak turun Dari atas ke bawah.


Korang nampak tak lubang angin Kat dinding sebelah atas tu.
Bosar2 lubangnya ni Kompom malam2 tidur sojukkk je tak payah pasang kipas , angin Dari luar tu laju je masuk dalam.
Cuba tengok sebelah atas tu .
Tak bersyiling klau siang panas lah kan tapi kebanyakkan umah lama semua cam gini.


Teringat aku Kat umah arwah wan aku Dulu macam gini lah tak bersyiling.
Bila tengahari berbahang panasnya tu pasal dia Guna tingkap yang lebar macam Kat umah ni biar banyak angin masuk.
Susah dah nak jumpa rumah macam ni zaman sekarang ni.


Perempuan tu adik ipar aku wife kepada ayie zura namanya.
Sebelah dia neneknya.
Eh dyorang ni keturunan minang tau, mengalir le jugak darah minang dalam badan anak dyorang ni.
Mula2 Dulu terlopong gak dengar dyorang speaking minang la ni dah biasa dengar makin syok lak.
Hari tu aku dengar 2 bercucu ni speaking minang aku dengar je elok2.
Macam le paham ujung2 adik aku ayie Yg translatekan.
Dia kan dah diminangkan kek wife dia..hahahaha...

Selepas rumah ni kami bertolak terus ke rumah kak ngah rusnah, sepupu aku Kat taman tun Husain on.
Cousin aku ni buat bisnes catering bila kami sampai macam2 dah ada atas meja.
Nah hambik kau datang pun dah tengahari time perut lapar apalagi capai pinggan  jelah masing2.



Dia ada tempahan untuk open house customernya hari tu sambil tu dia selitkan sekali untuk kitorang ni.
Ini Yg di namakan langkah Kanan, tak payah nak pesan2 nak mkn nasi bagai ada je rezeki kami semua ni.
Sodap2 belako lunch kami hari tu.


Tuan rumah sedang siapkan aiskrim sebagai desert kami lepas makan.
Ada jugak jeruk buah dengan popia otak2.
Kitorang bila jumpa dia memang riuh sekampung macam2 citer keluar.
Sambil makan sambil borak, sambil borak sambil makan memang santai betullllll.
Tak ada tetamu lain Yg ganggu kitorang memang best lepak2 raya hari tu Kat umah dia.

Sebelum balik dan meneruskan agenda rayau seterusnya kami bergambar Dulu ramai2 sebagai kenangan raya 2014 Ini.


Muka tuan rumah berbaju Merah a.k.a cousin aku Yg paling becok , Kecoh dan kepoh....dia nilah !!
Ada ke reader aku Yg kenal muka bisnes women ni?
Mati lah aku kalau kak ngah baca blog aku ni nanti..hahaha...
Ampun kak ngah...ampunnnnn !!

Okey aku sambung part 2 untuk raya ke 6 ni  nanti pasal hari tu aku banyak ambik gambar.
Seh bergambar aku naik luar biasa hari tu.
Sok aku sambung lagi.
Jangan jemu baca coloteh aku ni.

2 comments:

Acik Erna said...

Pesen sama kit ni ct..acik pun kalau jalan raya convoi gak..sonang tuan rumah nak layan kan

Kakzakie said...

Dpt menikmati hidangan org yg selelu buat catering memang untunglah kan sebab pastinya sedap:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails