Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, February 17, 2011

Berbanggaaaalaaah...tapi jgn sampai menyakiti !!


Senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2011

1.Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM50.04b

2.Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM45.78b

3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.77b

4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM12.74b

5.Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.89b

6.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM10.75b

7.Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM8.84b

8.Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM7.43b

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM4.77b

10.Ong Bee Seng (?) RM3.98b


Senarai nama mereka2 ni tersiar kat surat kabar hari ni... tapi aku bukannya nak cakap pasal kejayaan diorang ni... tak ada orang yang akan berjaya kalau tak berusaha bersungguh2 kan..... inilah hasilnya yang mereka semua dapat setelah berpenat lelah dulu.

Tapi kan yang tak bestnya isu jutawan2 ni di jadikan bahan kutuk mengutuk sesama kaum pulak dalam laman2 sosial... itu yang tak bestnya !!

Tak payahlah nak cakap bangsa ni bagus... bangsa  ni rajin .... bangsa tu pemalas... bangsa tu pulak ramai yang bodoh.

Kita hidup dalam Malaysia yang berbilang kaum ni patutnya merasa bangga pasal tak ada diskriminasi dalam soal harta kekayaan dan kejayaan setiap kaum atau bangsa..... tak ada pun mana2 bangsa yang tercicir atau di anak tirikan seperti yang pernah di war-warkan dulu kononnya kaum cina hidup susah di Malaysia.

Sekarang tengok berapa ramai orang cina yang ada aset berbilion ringgit... ramai melayu ke ramai cina?

Dan tak perlulah nak mengutuk orang melayu pemalas semata-mata seorang je yg tersenarai kat situ.

Orang yg suka mengutuk dan mengomen tak tentu harah tu pun tak tahu bagaimana pulak kehidupannya... pandai berlagak pasal  bangga  nama bangsanya yg teratas dan terbanyak sekali..... sedangkan dia mungkin lebih pemalas dari bangsa yg di kutuknya itu !

Kita hidup dalam Malaysia yang berbilang kaum sepatutnya berbangga dengan pencapaian kita sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum..... tak ada rusuhan jadi tak perlu nak menyakiti hati kaum dan agama yg lain.

Tak ada kaya atau miskin, malas atau rajin dan bodoh atau pandai  kerana ia dari bangsa A ataupun bangsa B tapi kerana usaha dan sifat positif dalam diri setiap individu yang buat kita akan berjaya atau sebaliknya.

Yang dah senang dan berjaya janganlah takbur kerana itu semua cuma pinjam pimjaman sahaja... bila2 akan di tarik balik oleh tuhan jika ia mahu... sedangkan nyawa kita ni pun cuma dipinjamkan untuk beberapa tahun jeeee..!!


CN : kita kan 1 malaysia.... !!



SALAM UKHWAH:

2 comments:

Unknown said...

yong bila la nak kaya hehhee

SITI NOARIZAH ARIS said...

YONG...satu hari nnt nk tgk ramai lak bangsa melayu yg tersenarai dan salah seorangnya adalah yong...Amiiin !!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails