Assalammualaikum!,
Haa....di hari baik waktu yang baik..ari ni aku jadi drebar tak bergaji kepada Hj Aris dan Hjh Radiah (Itu mak/abah aku lee...), Tolong hantarkan ke duanya ke rumah Pak ngah aku di Juasseh,K.Pilah untuk menjemput ke kenduri perkahwinan adik perempuan aku 2 minggu lagi. Al maklumlah pak Ngah aku tu abang sulung mak aku jadi tak manislah kalau jemput dalam telefon ajekan, lebih-lebih lagi dalam bab mendirikan "masjid" ni kenalah berbudi bahasa LEBIH sikit.
Tapi sayangnya aku terlupa pulak nak bawa kamera Cap ayam aku tu kalau tak boleh gak showkan kat sini,bukan niat untuk bermegah tapi dengan gambar kita boleh nampak dengan jelas apa yang berlaku.
Satu lagi Pak Ngah aku ni taukey Nursery bunga kat Juasseh tu...haa paham-paham ajelah kan banyak le bunga-bunga yang sedang kembang mekar kat rumah dia waktu ni, nak nak pulak bunga orkid tengok pun dah nak luluh iman teramatlah cantiknya . Almaklumlah bak kata mak aku sentiasa berbaja dan di belai gitulah cara orang berniaga.(lain kali datang aku ambil gambar rumah dan pokok bunganya ye!)
Sekarang ni aku satu keluarga dah mula sibuk menjemput orang untuk majlis perkahwinan tu nanti, aku nak cepat selesaikan kenduri tu sebab dah terasa dah penatnya ke hulu hilir,pikir itu ini macam aku lak yang nak nikah. Selepas kenduri ni selesai boleh rehatkan minda dan badan sepuas-puasnya!!
P/s: Waktu aku nikah dulu adik-adik aku masih kecil lagi sekarang seorang demi seorang dah nak dirikan masjid...cepatnya masa berlalu...!!!
Salam ukhwah:
No comments:
Post a Comment