Memohon restu ayah dan bonda.
CN : Semoga jodoh ZIERA dan AYEN berkekalan ke hujung nyawa.
SALAM kepada semua....hari ini aku kembali berblog setelah sunyi sementara waktu kerana sibuk dengan urusan perkahwinan adik perempuan ku....ALHAMDULILLAH majlis berjalan lancar dengan kehadiran tetamu dan saudara mara jauh dan dekat. Tapi sayangnya aku tak sempat beramah mesra dengan kesemua saudara dan kawan-kawan yang hadir kerana terlalu sibuk dengan persiapan hidangan meja beradap pengantin.
Semoga kemesraan terjalin erat ke hujung nyawa.
Segala kepenatan dan kehilangan waktu bersantai terbalas jua dengan kehadiran tetamu-tetamu yg sudi hadir. Sebagai manusia biasa kita tak pernah terlepas dari kesilapan samaada majlis itu besar atau kecil sudah pasti tak dapat memenuhi kehendak setiap orang, Sebagai tuan rumah aku memohon jutaan maaf kepada semua sekiranya layanan dan hidangan yang di jamukan tidak memuaskan hati.
CN : Semoga jodoh ZIERA dan AYEN berkekalan ke hujung nyawa.
Salam Ukhwah:
No comments:
Post a Comment