Gula oh gula!!
Bagi mereka-mereka yang akan melangsungkan majlis perkahwinan atau apa-apa majlis besar-besar yang memerlukan berkilo-kila gula memang menjadi satu masalah besar dengan krisis gula sekarang ni, termasuklah keluarga aku yang akan melangsungkan majlis perkahwinan adik perempuan aku minggu hadapan .
Sejak hari Isnin hari itu aku dah mula berulang ke pasaraya GIANT di hadapan rumah aku untuk membeli gula itupun hanya dapat 2kg sekali beli,dalam hati terfikir juga, "sempat ke aku dapatkan berpuluh-puluh kilo gula dalam masa kurang 2 minggu?"
Benarlah seperti yang telah dijanjikan, ALLAH itu tak akan membiarkan hambanya keseorangan dalam kesusahan,tak kiralah samaada kita berdoa secara menadah tangan atau tidak sekiranya telah terdetik di hati pasti akan diperkenankan samaada lambat atau cepat tapi DIA maha mendengar dan mengetahui apa sahaja yang terlintas di hati hamba-hambanya.
Kurang 24 jam aku dapat bekalan gula sebanyak 40kg!!...ALHAMDULILLAH sudah lebih dari mencukupi,Begitu mudah pertolongan itu sampai kepada aku, malah lebih dari apa yang aku minta.
Selesai sudah satu masalah!
No comments:
Post a Comment