Zaman sekarang setiap kali menghadiri majlis-majlis keraian seperti Perkahwinan,Cukur Jambul ataupun Berkhatan pasti ada Goodie Bag yang akan di beri kepada tetamu oleh tuan rumah. Berbagai-bagai warna dan rupa bentuk Goodie Bag serta cenderahati yang dimasukkan kedalamnya mengikut citarasa tuan rumah.
Dah jadi satu trend masa kini!.
Apa yang aku peliknya ada sesetengah mereka hanya menyediakan Goodie Bag untuk sesetengah tetamu yang di anggapnya istimewa sahaja sedangkan yang lain tak dapat apa-apa ataupun ada perbezaan Goodie Bagnya.
Contohnya si A akan dapat Goodie Bag kertas yang cantik dan mahal sedangkan si B hanya dapat Goodie Bag plastik yang di kira agak murah harganya berbanding si A. Ada pulak separuh tetamu dapat Goodie Bag siap dengan bunga telur sedangkan sesetengah yang lain hanya dapat sebiji telur rebus yang di isi ke dalam kotak DAN ada pula yg tak dapat apa-apa pun dari tuan rumah sedangkan ada tetamu yang dapat "Goodie Bag Special". Kenapa perlu begitu??
Bagi AKU setiap tetamu yang meluangkan masa menghadiri majlis kita itu SANGAT istimewa sebab mereka sangup datang dari jauh atau dekat untuk memeriahkan lagi majlis kita, tak perlu ada pilih kasih. Beri mereka cenderahati itu sama rata tak kira ia kawan rapat,saudara rapat,jiran biasa ataupun sesiapa sahaja setidak-tidaknya tak ada yang akan berkecil hati . Kalau Cik kiah dapat beg kertas Cik Temah pun mesti dapat beg kertas jugak bukannya seperti Pak Abu dapat beg kertas tapi Pak Ali cuma dapat telur sebiji!!.
Ini cuma pendapat peribadi aku yang aku rasa mesti ada yang pernah berkecil hati dengan situasi yang berlaku sekarang ini,Sebab itu dari awal lagi aku dah ingatkan adik aku untuk membeli 900 Goodie Bag buat semua tetamu kami tak kira yang kaya atau miskin,tua atau muda,jauh atau dekat kecuali kanak-kanak saja yang akan mendapat cenderahati yg lain.
Sebahagian dari 900 Goodie Bag dan bunga telur yang telah siap di sediakan.
CN : Bukan senang nak puaskan hati semua orang!!!.
Salam Ukhwah;
2 comments:
ya..betui2..
kdg2 tu tunggu tetamu 'hulur' dulu baru dpt goodie bag tu...
nasib baik xde yg buka dulu envelope tenguk berapa jumlah sumbangan..
tak tau la kalau kat tempat lain ada buat camtu...
parah tu...!!!
Mgkin yg TAK dpt goodie bag tu hulur lebih tapi yg dpt tu hulur cikit je tapi yg hulur cikit leh dpt sbb "Tuan rumah" suka dgnnya dan tak tau brapa amount dlm sampul tu..kan bagus bagi je semua tetamu goodie bag dgn niat yg ikhlas?
Post a Comment