Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, January 12, 2011

Bersyukurlah walaupun diri di sakiti.

"Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W. bersabda;Seseorang muslim yang tercucuk duri atau apa sahaja kesusahan atau kesakitan yang seumpamanya akan dituliskan untuknya satu darjat dan dihapuskan untuknya satu dosa. [HR Muslim] "



Bersyukurlah walaupun kita disakiti ... samada hati atau pun badan ... kadang-kadang kita tak tahu apa ganjaran yang akan kita dapat dari kesakitan tersebut.

Aku terpanggil untuk menulis mengenai ini apabila mendapat tahu adik kepada seorang rakan blogger ku ini bergelut dengan maut ... beliau kini mengidapi breast kanser tahap 4 .... terbaru berita mengenainya hanya mampu terbaring di katil sahaja hendak ke tandas pun tak mampu !!

Kasihan anak anak beliau yang masih kecil .... meminta datuk dan nenek di kampung mendoakan kesihatan umminya .... apa yang aku kagum ialah kecekalan suaminya yang setia berada di sisi si isteri dan menguruskan keluarga sekalipun tahu apa yang bakal berlaku nanti ... sebenarnya di kala kita dalam kesakitan sokongan suami itulah yang menguatkan semangat untuk berusaha terus hidup ... tapi jika suami itu sendiri buat acuh tak acuh malah langsung tak memberi sokongan moral sebelum ajal sampai jiwa si isteri itu telah mati dahulu dengan sikap suami yang tak mengambil berat.

Buat adik BEN 10 ( aku pernah tulis kisahnya di sini LINK ) sentiasalah kuatkan semangat dan berdoa agar ummi kamu sihat seperti dahulu kembali.

Buat AYU ROSLAN ( link ) ... kamu di antara insan terpilih untuk mendapat ganjaran dariNYA.

Tolong doakan AYU ROSLAN cepat sembuh seperti dahulu.


CN : Setiap yang hidup akan di uji mengikut kemampuan masing-masing ... jgn lupa bersyukur!!


SALAM UKHWAH

2 comments:

Eiza GreenAppleKu said...

Doa adalah senjata orang mukmin.

SITI NOARIZAH ARIS said...

GREEN APPLE... betul tu doa org2 terainaya lebih cepat termakbul!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails