Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, August 17, 2010

Segmen khas untuk MAT GEBU dan BEN ASHAARI

MAT GEBU TERJAH BLOG AKU !!

Terkedu aku sekejap.....bila tengok  ENTRY terbaru aku semalam ada orang meninggalkan komen.

Tak lain tak bukan ialah blogger otai Malaysia yang cukup "femes" dgn blog masakannya iaitu MAT GEBU. Satu penghargaan yang sangat besar buat blogger baru yg merangkak macam aku ni bila "Sifu Blogger" datang terjah rumah kecil aku ni. Jangan kau orang tak tahu aku selalu intai-intai blog DAPUR TANPA SEMPADAN dia tu...dah bertahun-tahun dah malah dalam senyap dia antara salah seorang IDOLA aku untuk berblog.

Tengok blog dia aje dah kecur air liur dengan hasil masakan air tangannya sendiri...kalau tak percaya boleh masuk SINI...gambar-gambar masakannya pun mengancam tak heranlah kalau tiap-tiap hari aku melekat kat dapur dia ...ahaks!!


 OH BEN ASHAARI !!

Tak berkelip mata aku bila blog R.K.T.S terselit diantara puluhan blog list pilihan BEN ASHAARI ni setelah dia buat rombakan kabinetnya semalam!!

Dia ni pun salah seorang blogger terkenal seantero Malaysia.....kelebihannya suka membantu blogger lama atau baru.
Sentiasa ada idea baru dan segar untuk blognya dan selalu dapat rating tertinggi...tak heranlah kalau ramai blogger-blogger Malaysia suka dengan blog BENASHAARI ni!

Sebenarnya masa aku buat entry BLOG LIST BENASHAARI semalam dah tinggal sejam lagi nak berbuka dan aku cuma tulis seringkas yg mungkin entry tu dalam keadaan tergesa-gesa....mak aku dah membebel kat dapur bila tengok aku masih lagi mengadap laptop....ingatkan tak terpilih...bila aku balik dari kampung malam tadi buka laptop aku terus masuk blog dan terselit nama blog aku diantara puluhan BLOG LIST bloger-bloger yang lain.

Tak sangka usaha tergesa-gesa aku tu mendapat perhatian Ben Ashaari.

Terima kasih Ben Ashaari....jasamu ku kenang!!


CN : Bukan senang nak tarik perhatian orang-orang glamour macam mereka tu!

SALAM UKHWAH:

5 comments:

Anonymous said...

MEREKA BERDUA MMG BLOGGER YANG FAMOUS DAN SUKA MEMBANTU BLOGGER BARU...TABIK SPRING UNTUK MEREKA BERDUA..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Yeaah...setuju sy nk tabik spring 100x untuk mereka berdua!!

naqhiah khalida said...

wahhh.sonoknya blog dia dh kena jelajah ngn blogger otai.(^__^)

Mat Gebu said...

SALAM PUAN..
TERHARUNYA SAYA DGN PUAN..TERIMA KASIH BANYAK2. SAYA CUMA BLOGGER BIASA SAJA. PADA DASARNYA KAMI CUMA TOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM HAL BERBLOG, LEPAS TU BEN DENGAN DAYA USAHA SERTA IDEA YG BERNAS TELAH MELAKSANAKAN SESSI PENJELAJAHAN...

SITI NOARIZAH ARIS said...

Naqhiah:Maunya x seronok bila blogger otai idola sy sudi meluangkan masa emasnya menjenguk ke blog sy yg x seberapa ini..Tima kasih juga pd kamu kerana sudi singgah ke sini!

Mat Gebu:Kunjungan dan komen Cik Mat kali ke-2 ini lebih buat sy terharu kerana blogger Otai sprti Cik Mat mnghargai kami blogger2 baru yg baru nak merangkak di dunia blogging ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails