14 tahun dahulu sewaktu aku mula - mula bermastautin di taman ini , di bawah pokok inilah tempat aku dan jiran tertangga duduk melepak petang-petang.
Berbagai-bagai cerita yang di bualkan....maklumlah ahli mesyuarat tingkap !!
Aku yang baru pulang dari kerja pun akan mencuri-curi masa melepak dengan kaum kaum ibu suri rumahtangga ni sebelum masuk ke rumah..... manakan tidak pokok ini hanya sebelah rumah aku sahaja.
Berpuluh tahun yang lalu pokok ini di tanam oleh arwah abang sepupu aku.
Banyak jasa pokok mangga ni.
Di bawah rimbunan daunnya yang rendang ini jugalah tempat anak-anak kami semua bermain.
Main pondok-pondok,masak-masak,belajar memanjat dan berbagai-bagai aktivitin yang di lakukan di bawah pokok ini dulu.
Banyak pahala yang arwah dapat kerana menanam pokok mangga tu.... tempat berteduh jiran tertangga dan kanak-kanak bermain.
Bila pokok ni berbuah buahnya kami sedekahkan kepada jiran terdekat.... semua merasa masam manisnya buah mangga tu.... yang bukan berjiran pun pernah memakannya.
Itu cerita dulu...... hari ini pokok mangga itu akan di tebang kerana keadaanya yang sangat uzur...kenapa??
Kerana ada tangan manusia yang sanggup membunuhnya hanya kerana tidak suka dengan daun-daunnya yang bertaburan di pintu pagar rumah manusia itu!!
Dia tak suka rumahnya kotor dengan daun !
Tak suka dahan pokok terjuntai ke atas bumbung rumahnya !
Tak suka menyapu daun sampah hari2!
DAN.....macam-macam lagi.
Dengan hanya membakar hari-hari di bawah perdu pokok mangga itu akhirnya ia jadi begini....
Hukumnya hanya di tebang !!!!!!!
Hari ini hanya tinggal kenangan setelah bapa saudara aku mengambil keputusan untukmenebangnya
Anak-anak aku sibuk bertanya:
Anak-anak aku sibuk bertanya:
"kenapa pokok tu tuk lang tebang ummi ?"
"Kasihan pokok tu...dulu kita selalu main kt bawah tu dgn kwn-kwn!"
"Jahatlah acik ...... tu pasal dialah pokok tu mati"
Sayunya hati aku melihat pokok mangga tu ditebang dan tumbang menyembah bumi.
Walaupun bukan aku yg menanamnya tapi lokasi pokok itu yg hanya sebelah pagar aku meredupkan lagi jalan di hadapan.
Walaupun bukan aku yg menanamnya tapi lokasi pokok itu yg hanya sebelah pagar aku meredupkan lagi jalan di hadapan.
Di situ ada banyak kenangan aku dan jiran tertangga yang dahulu.
Hari ini hanya tinggal kenangan setelah ia tumbang menyembah bumi !!!
Mungkin...... orang itu tersenyum riang di dalam rumahnya.
CN : Al-fatihah buat Arwah Roslan Raus yang menanam pokok ni lebih 20 tahun yg lalu.
SALAM UKHWAH
4 comments:
sedihnya bie baca..banyak kenangan walaupon hanya sepohon pokok! kacian pulak tengok pokok tu kena tebang...
Alfatihah wat arwah....
BIE...ya di situ bnyk kenangannya...sayu hati sy tgk ia tumbang di hadpan mata sy sndiri.
Kalau arwah ada dia tentu lebih sedih lihat keadaan pokok tu.
20 tahun.. lama tu kan??
banyak memanggakan dirinya... tapi, semua itu tinggal kenangan... :(
KID....apa nak buat pokok tu org punya klau dia kata nak tebang tebang jelah..keadaannya pun dah terlalu uzur :(
Post a Comment