Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, July 21, 2011

Wajib ke nafkah buat si isteri yg bekerja sedangkan mereka pun ada pendapatan sendiri ?.




Beberapa hari yg lepas aku pergi jalan-jalan kat ruang sembang forum cari.net .... jalan-jalan punya jalan baca punya baca aku tertariklah pulak dengan hujah yang di berikan oleh sorang forumer ni haa...!!

Jadi aku rasa tak rugilah kalau aku sharekan kat sini apa yg aku dah baca dan apa yang dah jadi pengetahuan aku selama ini iaitu si suami wajib memberi nafkah kepada si isteri samaada isteri itu bekerja ataupun tidak dan nafkah itu adalah mengikut kemampuan si suami bukannya tak di beri langsung.

Meh kita baca apa yang forumer tu tulis......


Nafkah’ asalnya adalah perkataan arab memberi maksud sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang atau seumpamanya bagi melengkapkan kehidupan seharian. Menurut Ibn Qudamah, nafkah ialah sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan apa sahaja yang menjadi keperluan asas kehidupan isteri untuk hidup seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Sayyid Sabiq pula menambah bahawa pemberian suami untuk memenuhi keperluan isterinya seperti makanan, minuman dan juga ubat-ubatan walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri.



Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga dan suamilah yang memikul tugasan ini serta wajib baginya menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya. Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat34 Surah an-Nisaa’ yang bermaksud:


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”


Dalam surat al-Baqarah, ayat 233 Allah SWT berfirman mafhumnya:


“…Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.”


Bahkan ketika terjadi perceraian sekalipun, suami masih berkewajiban memberikan nafkah kepada isterinya selama masih dalam masa ‘iddahnya dan nafkah untuk menguruskan anak-anaknya. Begitu juga dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud:


“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami?” Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.”


Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kepada kaum mukminin seperti diperintahkan kepada rasul. Maka, Allah berfirman dalam Al-Mukminuun ayat 51:


“.. makanlah dari makanan yg baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.”


Dan ayat 172 surah Al-Baqarah, Allah SWT berfirman mafhumnya:


“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.”


Walau bagaimanapun nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang lebih berkemampuan dan kaya menyediakan kesemua keperluan dan ada pula yang sebaliknya. Apa yang penting suami memberikan komitmen dan tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan kadar yang memberi keselesaan kepada isteri, bukannya kemewahan atau pembaziran yang melampau.


Persoalannya sekiranya isteri tersebut seorang yang bekerja, apakah menjadi tanggunggan bagi suami membayar nafkah diri?.. apakah gugur tanggungjawab tersebut ke atas suami daripada menyediakannya?..

Sebenarnya, urusan nafkah tetap berada di bawah tanggungjawab suami walaupun isterinya bekerja. Pendapatan isteri adalah hak mutlak bagi seorang isteri itu. Namun sekirannya digunakan bagi meningkatkan ekonomi keluarga dengan keredaannya maka pemberian tersebut dikurniakan pahala serta dikira sumbangan berharga isteri kepada suami. Keadaan demikian tidak akan menggugat dan menggugurkan kewajipan suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Selain itu, nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri akan terhenti apabila isteri melakukan perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai nusyuz atau derhaka atau tidak taat kepada suaminya.

sumber dr internet


CN :  Pendapat aku ramai isteri yg bekerja sekarang ni menyumbang kepada ekonomi keluarga dan membantu meringankan bebanan kewangan si suami tapi dalam ramai-ramai tu ada jugak SESETENGAH si suami yg mengambil kesempatan tidak membayar nafkah isteri atas alasan isteri berpendapatan sendiri tak perlulah bagi duit lagi walaupun sedikit DAN ada juga si suami yg berani mempertikaikan hukum nafkah isteri ini..... fikir fikirkanlah !! 


SALAM UKHWAH

25 comments:

azieazah said...

Seperti sudah menjadi lumrah. Cuma cara sahaja berbeza. Makna tetap sama. Bila sudah bekerja, sudah mampu dan ada duit sendiri. Suami akan ambil kesempatan.

Ramai tak tahu hukum.... :(


Pilihan 1: Menapis Cerita...

ツ Bieaz ツ said...

wajib sangat2 walaupun isteri berkerja dah memang tanggungan suami kan..kan..
Tapi betul gak kekadang suami mengambil kesempatan mantang2 isteri bekerja banyak dalih cari alasan...

cehhhh tau2 je Bie buat panjang bejela2 kahwin pun belum ahahah.

Cik Ina Do do Cheng said...

Mmemang wajib, tapi kalau isteri redha , tak pe rasanya. selalunya kita dah berkahwin sering bertolak ansur. dua -dua bekerja jadi perbelanjaan sama-sama keluarkan. tak tahulah orang lain. kalau cik ina ngan suami sama -sama.

Dilla Ady said...

mmg ade jugak suami yg macam tu..bile tgk isteri ade duit sendiri..maka die pun buat tak reti jek la..huhu..

ariana's said...

Syukur, suami sgt faham setakat ni..lg pun berapa sgtlah gaji kita ni..:)Org kata lepas lah utk beli keperluan sendiri je..

CT NoArIzAh ArIs said...

CIK INA... bab bertolak ansur memang di galakkan tapi ramai gak yg kena tolak dan beransur-ansur lupa kewajiipannya tu yg x patut tu !!

CT NoArIzAh ArIs said...
This comment has been removed by the author.
CT NoArIzAh ArIs said...

DILLA.. tu yg buat sakit hati tu kan...sabar jelahhhh !!

CT NoArIzAh ArIs said...

ARIANA... Alhamdulillah selalu nya suami yg kuat pengetahuan agamanya akan takut nak engkar dgn hukum ni takut kena soal jwb nanti.

CT NoArIzAh ArIs said...

AZIEAZAH... betul tu kak jadi isteri ni kena kuat sabar demi anak2 wat tak tahu ajelah dari gaduh2 ni.

CT NoArIzAh ArIs said...

BIEAZ... Nanti u kawin kena igtkan suami awal2 yea..hehe!!

Anonymous said...

kalau tak bagi duit kat isteri..tapi dah sediakan rumah, makanan, pakaian dan perubatan.. kira beri nafkah la tu.. keperluan hidup...

Anonymous said...

Suami sy ckp sy dh ada duit sndiri.. jd kna bantu dia klu dia x ckup duit.. sy redha.

Anonymous said...

Semua duit gaji dah bg suami sbb bertolak ansur walaupun rumah saya bayar hutang piutang yg sama2 guna utk keluarga saya bayar, tp masih tak cukup. Tapi bila saya dpt duit lebih seratus dua dia pertikai suruh buat duit belanja harian dan suruh saya bayar duit minyak, sgt remuk hancur luluh hati saya. Semua saya dah korbankan. Tak sangka ini balasan utk saya hari ni. Saya terkedu dan terkunci. Saya tak sangka.

Rizzuan Suliman said...

Duit pn nafkah ke?

Anonymous said...

Ade juga suami..bla kte bantu sma2 tanggng kluarga.ngan isteri punyala berkira atas alasan ade gji sndiri.tp kat lua bole plak belanja pompuan lain..xberkira plak..

Anonymous said...

Hampir ke semua keperluan dari kereta, barang dapur, hutang bank dan bil2 saya yang kena bayar..suami cuma bayar duit sewa umah je.. sebab suami selalu sakit.. tapi sakit apa pun saya tak tau.. saya tension dengan keadaan ni.. suami asyik amik mc dan orang2 kat tempat keje dia pun naik menyampah dengan dengan dia.. bila tak gi keje, kurang lah gajinya.. selama ni saya bersabar dan selalu bagi kata2 semangat, tapi semangatnya untuk pulih, macam takde je.. sampai saya dah tak leh bersabar.. saya pula pregnant, semua barang keperluan baby dan saya saya, semuanya saya yang kene beli.. bila suami ada duit, asyik nak repair motor lah, kereta lah.. bila saya persoalkan, dia kata kalo kereta dan motor rosak, lagi susah.. saya pun tak tau apa tindakan yang saya perlu saya buat.. makin hari, makin benci saya pada suami..

rin said...

Salam....
saya mnta pendapat...
selama 11 tahun berkahwin saya tidak diberi nafkah wang ringgit....trtapi disediakan tmpat tinggal.
saya bekerja dan jika nk bawa anak jln jln...pasti saya perlu keluarkan wang saya dan tidak semua ditanggung suami. Jika saya mengajak ke sesuatu tempat saya yg akan keluarkan wang ringggit.
gaji suami lebih banyak dri saya dan serngkali keperluan makan anak anak dan rumah saya yg beli.
Suami bergaji rm7k ++....dan cakap dia sesak bila ajak ke mana mana...maka saya akan cakap...tk pr...saya bayar.

Saya nk anak anak happy...jadi saya bayar.

Baru baru ni...boleh dikatakan hilang rasa hrmat bila la simpan perkara ni...salah saya juga saya melawan dn dikira nusyuz....

ALLAH buka hati saya untuk check buku bnk suami yg selama ni saya tak pernah tgok....
masya alllah...dlm tabung haji ada rm17 k.
Dalam asb ada rm100k lebih dan dlm akaun lain ada rm47 k lebih....saya nmpak dia keluar masuk duit selalu dan....macm mana boleh tk der duit...

Apa yg perlu saya buat di sini..

Ct NoArizah Aris said...

Wlkmsalam rin....sy bkn pakar dlm hal ni...soal jawab tu sy show kt blog ni sekadar untuk berkongsi ilmu sesama kita...sy fikir elok rin merujuk kepada pejabat agama atau mereka2 yg lebih arif dalam hal ini ...bagi pendapat peribadi saya mungkin wang sebanyak itu suami rin simpan untuk pelajaran anak2 atau perubatan keluarga jika terjadi sesuatu yg tak dijangka..ataupun simpanan untuk rin dan anak2 jika terjadi apa2 kepadanya tu sebab dia tak usik duit tersebut untuk waktu sekarang...saya cuma bersangka baik harap rin pun seperti itu...walahualam.

Wan Teh Zubaidah said...

sepatutnya antara suami isteri tidak perlu ada rahsia... barulah rumah tangga aman kan. kalau betul suami menyimpan utk keluarga sebaiknya maklumkan pada isteri.... masing2 kena telus.

Dil said...

Selama 21 tahun kawin, sy membantu keluarga. Selepas berbelas tahun, gaji saya lebih 2 kali ganda dari suami. Dari dulu smpi skrg sy membyr expenses rmh, kerana expenses rmh melebihi dr gaji beliau.
Memang saya redha dgn keadaan itu, suami pulak membantu dlm kerja2 rmh dr masak, mengemas hinggalah melipat baju. Bila ank membesar, dia, byk msk utk keluarga kerana dia yg plg awal pulang ke rumah. I appreciate tht the most.
Sekarang, sy tidak bekerja. So, we lost 3/4 of the income. Life is hard now. But I dont see my hubby is trying hard enough to increase his income. He has been laying low so long. I always pray that he will upgrade the family income and improve his dignity.
We (I)love him very much.

Hazemee Mustapa said...

Zaman sekarang zaman moden dulu Menanam sekarang siap bole terbang lagi

Anonymous said...

Salaam Dil, I feel you .. may Allah reward you for your contribution to your family. You are still fortunate to have a husband who helps you out with chores around the house ( tho that is not the responsibility of a wife) as compared to many other husbands who totally ignore this and do not feel any sense of guilt. Semoga Allah permudahkan pencarian rezki suami Dil .. and seek help through patience and solat .. itu ingatan dari Maha Mengetahui kepada kita hambaNya. Wassalam from Zai.

Noormi Azura Ismail said...

Ingat sy jer ada masalah asyik korban kluar blanja tuk family walau gaji dia lebih ckit...gaji dia just byr bil tel sfiei, utilities dan nafkah haiwan ternakan (sbg hobi) yg beribu2 sebulan...rupanya ramai kaum isteri yg hadapi masalah sama cuma situasi agak berbeza...huhuhu

go ten said...

mcm mana pula jika isteri bekerja..suami x pernah amik sesen pon duit isteri..tetapi suami memberi nafkah wang ringgit kepada isteri .kami duduk dirumah mak ayah saya sebb kne sara mereka dan adik2..sy bayar pembantu rumah untuk memasak dan mengemas rumah.jadi isteri saya tak perlu memasak dan mengemas rumah.hanya balik kje jaga anak dan basuh pakaian kami 3 beranak sahaja.anak kami hantar kepada org jaga sebb siang isteri bekerja..adakah bayran jagaan anak juga msti ditanggung oleh suami..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails