Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, October 24, 2011

Apa pilihan korang isu menghantar ibubapa kerumah orang2 tua ni ?

Salam sejahtera...!!!
( Pesanan penaja......maaf entry ni agak panjang sikit untuk di baca)

Ada dua pilihan.
Pertama..... hantar kerumah orang2 tua atau badan2 kebajikkan setiap masa atau duk situ teruslah senang nak cakap....tak payah balik-balik lagi dah.

Ke dua.... kita hantar mereka pagi sampai petang aje pas balik kerja kita jemput mereka balik ke rumah macam kita jemput anak2 kita lepas balik kerja hari-hari tu.


Ehsan dari gugell.


Okey yang aku nak kupaskan di sini adalah sikap sesetengah di antara kita yg terpaksa menghantar kedua ibubapa kerumah orang tua2.
Mungkin kerana tiada pilihan ataupun apa-apa sahaja masalah yang mereka sendiri  sahaja lebih tahu.

Andai katalah aku di beri pilihan aku hanya akan pilih yang kedua tu bukan pilihan yang pertama ..kenapa???

Okeylah bagi aku pilihan yang pertama nampak sangat macam zalim ataupun memang tak sepatutnya di lakukan kepada mereka yang dah bersabung nyawa membesarkan kita dulu.
Macam kisah kat  SINI .
Dahlah ko tak jaga mak ayah ko sampaikan jenazah pun tak nak tuntut harta nak pulak..ada ke patut ??
Sedihkan kalau  terjadi kat diri ko sendiri macam ni.
Uruskan jenazah ibubapa tak nak bab harta ko ingat lak.

Kenapa aku pilih yang kedua?
Ramai di antara kita yang memang terpaksa bekerja untuk mencukupkan  keperluan yang memang tak pernah nak cukup-cukup.
Di tambahkan pulak kalau kita ramai anak pastu rumah dan kereta nak kena bayar perbelanjaan sekolah anak pun tinggi termasuklah hantar anak ke kelas tuisyen pastu kelas-kelas kemahiran yang lain.
Keperluan harian terutama bab makanan pun setiap tahun naik harga.

Dalam waktu yang sama ibubapa pun perlu perbelanjaaan yang besar jugak jika ia mengunakan pampers bagi yang lumpuh dan juga ubat-ubatan jika berpenyakit dan sebagainya lagi.
Memang perlu banyak wang ringgitkan ??.

 Kita kena kerja suami isteri  dalam masa yang sama orang tua kita pun nak kena jaga jugak.
Takkan nak tinggalkan kat umah sorang2 .
Jaminannya belum tentu seratus persen selamat nak nak pulak duduk kat tengah bandar besar.
Banyak kes yang kita dengar warga emas di rompak, di bunuh , terperangkap dalam kebakaran dan sebagainya di dalam rumah.
Kita nak tinggalkan dia seorang diri pun tak senang hati samalah seperti kita tinggalkan anak2 kecik di rumah sendirian.

Jadi jalan yg terbaik dan selamat adalah menghantar mereka ke rumah orang2 tua waktu pagi dan ambilnya sebelah petang macam kita buat kat anak-anak kita sekarang ni......lainlah kalau kat umah ko ada bibik yg tolong jagakan.
Sekurang-kurangnya kita masih ada masa bersama mereka di waktu malam dan hujung minggu bila tak bekerja.
Bagi ibubapa yang "open minded" tu mereka tak akan kata cara anak menantunya salah malah mereka lebih gembira sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan dan bertukar-tukar pandangan di rumah jagaan orang2 tua.
Itu lebih baik dari mereka di tinggalkan seorang diri dan terkurung di rumah hanya menonton tv .

Pendapat aku pilihan yang kedua jauh lebih baik dari yang pertama jika korang tak ada lagi pilihan yang lain.

Tapikan pilihan yang terbaik sebenarnya adalah salah seorang kena berkorban untuk berhenti kerja.
Jaga orang tua kita sendiri jika mereka dah terlalu uzur dan terlantar sakit tak boleh bergerak lagi.
Tapi ini semua kena ada tolak ansur yang baik tak semua orang tu sefahaman.

Ada isteri nak berenti kerja suami lak tak bagi pasal si suami kurang mampu lagipun selama ni isteri tulah "backup" dia.
Ada gak suami suruh isteri berhenti kerja dan jaga mak/ayah yg dah uzur isteri lak tak mahu pasal jawatan dah tinggi gaji pun dah besar lagilah pulak kalau yang uzur tu cuma mak atau ayah mertua.

Ada jugak kes yang isteri tak bekerja pun tak mahu jugak jaga mak ayah mertuanya yang uzur.
Mak ayah sendiri sakit pun tak nak jaga jugak sangguplah pulak bergaduh adik beradik.

Andai katalahkan satu hari nanti anak-anak aku buat pilihan yang ke dua tu aku tak salahkan mereka.
Pasal aku faham kedudukkan orang yg bekerja pasal aku jugak bekerja.
Aku suka kalau pagi ke rumah orang2 tua dan petang anak aku ambik aku.
Aku dapat jumpa ramai kawan dan ada teman berbual-bual....malam boleh bersama anak & cucu.
Aku dah fikirkan jika ini di takdirkan terjadi pada aku nanti aku memang tak salahkan dyorang berdua.

Tapi kalau anak-anak aku buat pilihan yang pertama tu ??
Alhamdulillah aku redho jelah..... sedihnya dalam hati ni tuhan ajelah yg tahukan.
Tak ada manusia yang boleh meramal nasibnya di masa akan datang.
Kalau hari ni elok lum tentulah lagi esok lusa pun elok.
Macam tulah sebaliknya.

Mintak-mintaklah dijauhkanlah daripada kita dan anak-anak kita semua perangai-perangai yg sedemikian.
Amin amin yarabbalalamin !!!



SALAMUKHWAH

8 comments:

Unknown said...

subhanallah.. minta jauhlah kan... ayu pun mohon agar sesiapa yang ada ibubapa sayangilah mereka....


tiba2 teringat kat drama lakonan ibu fauziah nawi...
sangat sedih

Nur_cahayamataku said...

Hai..kalau saya, saya pun pilih pilihan kedua..sebab orang tua sunyi kalau kita tinggalkan sorang2 dekat rumah..kalau kat rumah jagaan..dorang ada kawan nak bercakap2 berbual2..

SITI NOARIZAH ARIS said...

AYU.... Di sekeliling kita ada banyak pengajaran yg boleh di jadikan tauladan...yg elok diambil yang buruk jgnlah di ikut.... klau hr ni kita tak jaga org tua sendiri bila kita tua nanti jgn salahkan anak2 pulak jika mereka juga buat sedemilian.

SITI NOARIZAH ARIS said...

NUR.... betul tu cara tu lebih baik dari kita biarkan dia kat rumah org tua selama2nya.... mak ayah tak sunyi dpt kawan2 dan dalam masa yg sama kita pun senang hati nak cari rezeki dan mereka sentiasa ada di hadapan mata kita setiap hari,malam dan siang.

Ayam said...

Assalamualaikum,

Jika saya pilihan kedua adalah terbaik. Bukan zalim sebab situasi sekarang berbeza.Jika kita seorang surirumah pun kita patut hantar mereka ke rmh org tua tua pada hari tertentu dlm seminggu untuk memberi mereka ruang pergaulan sesama usia serta melakukan aktiviti ugama serta kraf yang mereka suka. Mereka akan lebih ceria cukup jam kita ambil mereka pulang dengan ceria, Jika tinggal dalam rumah mereka pon mesti boring.

SITI NOARIZAH ARIS said...

CITARASAKU.... betul tu sekurang2nya kita ambik dia bawa balik kerumah kita bukan biarkan duk situ tanpa di jenguk2... mereka perlukan kita dan perlukan kawan untuk menghabiskan sisa2 hidup mereka yang hanya berbaki sedikit sahaja lagi.

IntaNBerliaN said...

mungkin pilihan ke2 adalh lg baik.. kwn2 pun ada dkt sana.. kita hbs keje dpt jg dorg...

Kakzakie Purvit said...

Kita adalah cermin anak-anak kita, insya-allah kalau kita baik dgn org tua kita dia un akan buat yg sama pada kita.

Satu - tanamkan rasa kasih sayang dari sekarang sesama keluarga dan pegangan agama yg kukuh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails