Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, November 22, 2011

20112011 befday & Annivessary...... Tima kasih kepada yg ingat !!

Salam Sejahtera...!!
Selasa
26 Zulhijjah 1432H





Semalam aku dah buat satu entry pasal PRINCESS buat kek coklat berkrimkan aiskrim.... haa tu dia kat atas tu gambar kek hasil tangan PRINCESS aku..... walaupun rupa kek tu taklah sehebat kek kat bakery yang terkenal kat luar tu tapi ia yg TERhebat di mata dan hati aku...... segala jenis aksesori kat atas kek tu dia beli menggunakan duit tabungannya sendiri..... sepatutnya entry ni aku taip pada hari kejadian iaitu AHAD 20/11/11 hari tu tapi dek kerana lappy aku tetiba je jatuh sakit jadi entry ini terpaksa di bawa ke hari ini 22/11/11.




20 November hari tu adalah hari lahir aku dan aku jugak berkongsi bulan lahir yg sama dengan HUBBY.... Syukur aku masih lagi bernafas di tahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan kami berdua.......senang nak citer bulan ni adalah 3 + 1 bagi kami berdua.

Hari ini tanggal 22/11/11 genap sudah 15 tahun aku menjadi teman hidup buat suamiku.....selama 15 tahun hidup bersama berbagai2 dugaan dan cabaran dah aku lalui.... cerita suka duka sedih dan tangis semuanya aku simpan kemas di lubuk sanubariku.... kami yang mulakan hidup bersama hanya dengan angka kosong tanpa ada apa-apa harta dunia dan akhirat 15 tahun dahulu kini dah boleh tersenyum dengan apa yang kami miliki.... Allah anugerahkan kami sepasang cahaya mata yg menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati, yang sihat dan sempurna tubuh badannya..... mempunyai rumah sendiri atas titik peluh dan beberapa biji kereta atas kesungguhan membanting tulang 4 kerat dan juga sebidang tanah atas nama sendiri.....cukup makan dan pakai..... syukur alhamdulillah walaupun segala yang aku ada hari ini tidaklah semewah mereka yang kaya-kaya tapi sekurang-kurangnya aku lebih bernasib baik dari mereka2 yang langsung tidak mampu memilikinya.



Sejak dari tadika PRINCESS  memang tak pernah lupa untuk meraikan hari ibu dan hari lahir aku... kalau dulu masa kecik-kecik dia cuma pandai buat kad ucapan sahaja ...  bila dah masuk sekolah rendah dan dah pandai menabung dia belikan hadiah atau kek comel yang murah-murah kat bakery tapi bila dah meningkat remaja dan dah pandai pulak buat kek sendiri dia hadiahkan pula  kek hasil air tangannya sendiri buat aku...... satu-satunya perkara yg aku sendiri pun tak pernah buat di hari lahir emak aku.



Aku nak ucapkan terima kasih jugak di atas semua ucapan yang aku terima pada 20hb hari tu.... tima kasih atas ingatan adik-adik aku sendiri.... SHILLA , AYIE dan NOOR.....sepupu aku NORLINA AJIELINA .... opismate aku PATRICK, EISYA, MDM LEOW, NIKKI, CHERYL ,PURIDAH, MOHD SHAH....  kawan-kawan sekolah aku dulu .....KASEH KEJORA, KAMSIAH, NORLI JOHARI , MUMMY PAQUE  dan ILA ZAHIRAH yang sudi menelefon aku semata-mata nak ucapkan happy befday.... dan kepada adik MOHD NAIM yang sentiasa ingat kat aku .... terima kasih diatas ingatan dan ucapan ikhlas dari kamu semua ... aku sangat2 menghargainya dan aku abadikan nama-nama kalian semua di blog kesayangan aku ini.



SALAM UKHWAH


10 comments:

Qhaifa Nur said...

hepi bufday & annivessary buat kalian berdua...
moga sentiasa berbahagia & dipanjangkan umur...

nabilah_2908 said...

oh..kek birthday + anniversary rupanya...

sweetnya Princess...

sebelum terlabat...nak wish juga..

Happy Birthday and Happy Anniversary...!! (^_^)

SITI NOARIZAH ARIS said...

QHAIFA.... tima kasih atas ucapan kamu..sy doakan juga kebahagian buat kamu sekeluarga.

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH... tima kasih nabilla... kerana lappy akk jatuh sakit entry befday terpaksa di lewatkan dr date sebenarnya..huhuhu..

Cik Ecah said...

kak eppy belated besday :)
eppy annnivesary jugak :D

sedappnyer kek coklat tuh..wah berkrimkan ais krim lg..hehhe hebat anak akk!

Acik Erna said...

Bahagianya hati ibu..
anak remaja dah pandai buatkan kek untuk ibu..
happy birthday dan happy anniversary

gerhana luka said...

happy belated besday & anniversary utk akak semoga berbahagia selalu amin.

Unknown said...

okey..
lepas nie ayu ingat hari lahir, anniversarry kak..


mmg pandai anak kak buat kek.. cantik topping dia..
tahniah dan sampaikan salam utk dia ya

kak.....
happy belated birthday dan selamat hari ulang tahun perkahwinan...

20112011 adalah tarikh aniversarry adik ayu...

Unknown said...

happy belated birthday kak...semoga panjang umur murah rezeki...
wah dah 15tahun bersamo...wow..semoga kekal bahagio yo..amin...:)

ariana said...

Hepi besday dan anniversary buat Ct berdua ye..Moga terus kekal bahagia buat selamanya hingga ke alam syurga..

Memang bahagia bila ank2 selalu ingat pada tarikh istimewa kita kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails