Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, December 24, 2010

Khasiat Surah Al-Kautsar.

Salam Jumaat hari penghulu hari.....!!


Surah Al-Kautsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000 kali, rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak   71kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


SALAM UKHWAH:

5 comments:

liza othman said...

satu lagi agak2 dah nak abis masak tu kte bacakan surah ni utk melazatkan lagi lauk kte insyallah wallahualam,,,,

cikgu_aare said...

info yg bagus!

SITI NOARIZAH ARIS said...

LIZA : oo...yeke...satu petua yg bagus ni...sy suka benda2 mcm ni....nnti sy buat...tima kasih bebanyak ya !!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

FARHANA : Tima kasih ilmu yg baik elok di kongsi sama2..:)

liza jb said...

dengar dari ceramah ustaz kat masjid sempena maulidur rasul tu ari,, lepas tu kite amalkan insyallah mcm sedap la jgk masakan kte tak kira masak apa pun,,, wallahualam tak tau la kan tapi tak salah kte mengamalkan surah2 sentiasa dibibir kalau tak payah nak baca selawat ke surah ke masa luar solat heheheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails