Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, November 29, 2011

Baguslah kannnn....senaaaaang keja aku..hehe...

Salam Sejahteraa...!!
Selasa
3 Muharram 1433H




Bakul bakul dan kotak hantaran yang dah siap di tampal bunga dan kain ikut warna tema pilihan Ayie- purple.



Kain ela yang akan di hadiahkan kepada bakal tunangnya juga berwarna purple.

Aku sekarang dah mula sibuk  membuat persiapan untuk gubahan hantaran Ayie.
Majlis pertunangan adik lelaki bongsu aku ni akan di adakan pada minggu ini.
Tema pilihan Ayie ialah purple.
Mengikut perjanjian bakal tunang Ayie akan beri kami 7 dulang sementara kami pula akan membalasnya dengan 5 dulang sahaja.

Oleh kerana semua barang2 dalam dulang hantaran adalah mengikut apa yg kepala hotak aku fikirkan jadi dengan persetujuan ramai aku telah memilih untuk mengisi dulang2 tu dengan kek, coklat dan gula-gula,kain ela yang aku gubah bentuk kelopak bunga , buah-buahan serta puding laici.
Bagi aku kalau setakat bertunang ni eloklah diberi kuih muih atau manisan sebagai pengiring ahli rombongan.
Selain dari nak elakkan pembaziran semua ahli rumah pun boleh merasa dan makan2 sekali.



Kain ela kaler purple dah siap aku gubah bentuk kelopak bunga..... sesuailah kan untuk si gadis di taman bunga larangan...ahakkksss !!!


Tup..tup pagi tadi Noor tepon aku bagitau emak suruh cancelkan salah satu gubahan tu dan di gantikan pulak dengan bunga rampai.
Oppsss... sapo pulak nak makan bunga rampai ?
Bagi aku ini macam membazir jee  bagi orang bunga rampai sedulang pastu nanti di tabur dan di buang-buang.
Kalau bagi makanan leh gak di makan konyang gak porut tu.

Tapi mak aku cakap bunga rampai tu akan di isi cincin di dalamnya jadi kalau nak adakan jugak 5 dulang hantaran dan di campurkan dengan dulang cincin bersama bunga rampai dah jadi 6 dulang.

Dalan adat perkahwinan dan pertunangan angka genap memang tak di galakkan seelok-eloknya angka ganjil... yg ini memang aku tahu.

Bila aku cakap kita bagi saja mereka 7 dulang tapi mak aku lak cakap sama-sama  bilangan dulang dengan pihak perempuan jugak tak boleh.
Nanti pihak perempuan kena lak tambah lagi 2 dulangnya untuk di jadikan angka ganjil maksudnya 9 dulang dari mereka dan 7 dulang dari kami.
Seboleh-bolehnya tak mau menyusahkan pihak sebelah sana yg kena lak tambah 2 dulang lagi untuk kami.

Aku dah beli coklat bebanyak jadi gubahan untuk coklat tak boleh di batalkan.
Aku dah gubah kain ela jadi kelopak bunga...kek pun Ann dah siap tempah .
Yang belum beli lagi adalah buah dan belum buat puding sebab benda2 ni kena buat dah last-last minit nanti.

Noor cadangkan tak payah buat puding .
Oooohhh...aku memang sayang sangat dengan adik aku yg sorang ni.
Dia memang selalu menyenangkan kojo aku.
Ini bermakna dulang puding akan digantikan dengan bunga rampai dan cincin.
Mak kata dulang cincin bersama  bunga rampai adalah WAJIB .

Okeylah tu kan sonanglah sikit kojo den.
Tak payahlah aku nak duk kat dapur malam-malam kenduri kat umah mak aku tu nanti buat puding.
Lepas kenduri leh aku lepak-lepak dopan tv .

Bab bunga rampai tu biarkan  anak-anak dara je yg buat dan hiris daun pandan.
Pasal anak dara ni ada bau wangi macam bunga rampai.
Mak-mak dara malaslah nak buat bab racik meracik ni lagikannnn .... .
Cukup-cukuplahhhhh dah meracik bawang kat dapur tu hari-hari.



SALAM UKHWAH


11 comments:

IXORAROXI said...

last para awak tulis buat saya gelak..ya tak ya jugak ya, penat sungguh dah meracik bawang :)
Selamat bertunang untuk adik Arizah..awak berseni eikk, boleh menggubah rupanya

ariana said...

Salam. Slmt bertunang buat adik Ct..
Tak pe, tak yah buat puding lagi relax Ct kan..
Org tua2 memang mcm2 syarat dan adatnya..ikut saja lah..:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

IXORA... takdelah sangat berseni cuma untuk lepaskan diri sendiri tu bolehlah..hehe..

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA... tulah pasal kak kekadang tu benda2 remih macam ni yg memeningkan lagi kepala.... sib baik tak banyak 5 dulang je bukan 10 dulang kalau tak mau sy yang tergolek dgn dulang2 tu..huhu..

Kakzakie Purvit said...

Adat pusaka keturunan tak boleh dibendung, bukan kerana mambazir tapi itulah warisan kita nak buat macam mana CT. Iktulah aje janji tak mengecilkan hati org-tua kita...

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAKZAKIE... betul tu kak nak nak pulak kami ni orang nogori memang kuat dengan adat istiadat ni kena jugaklah ikut benda2 ni semua.

cikgu_aare said...

selamat bertunang utk adik akak..:)

suka sgt bau bunga rampai..wangi semerbak kan..:P

azieazah said...

PURPLE!

Cair jiwa raga saya!

Anonymous said...

Some really interesting points you have written. Aided me a lot, just what I was looking for : D.

nabilah_2908 said...

bagusnya ada tangan seni...pegang apa pun...boleh jadi cantik..hehe.. :)

moga majlis betunang itu berjalan dengan lancar la hendaknya.. :)

Unknown said...

papa mifz dulu gubahan2 hantaran semuo tempah jer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails