Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Monday, November 21, 2011

Cuti sekolah dah bermula apa pulak yang mereka buat semalam ?

Salam Sejahtera..!!
Isnin
25 Zulhijjah 1432H


Laptop aku tak menyala start malam minggu hari tu.
Mungkin gak kena sambar petir pasal petang sabtu tu kilat tetiba je menyambar ke plug.
Cuaca kat luar masa tu memang dah mendung tapi tak hujan lagi.
Tup tup kilat yang datang dulu ......waktu tu laptop tengah on dan aku tengah taip entry kat blog.
Aku tak tahu samada laptop aku yang problem ataupun plug penyambung ke laptop tu yang dah terbakar pasal aku terdengar bunyi berdesir waktu tu.
Apalagi cecepatlah aku off kan laptop dan semua plug kat umah aku takut  aku yang keras lak nanti kena sambar petir.

Pagi semalam laptop aku dah tak boleh onn lagi dah.
Aku belum bawak jumpa doktor pakar dia  tapi aku fikir plug penyambung tu yang terbakar pasal laptop aku boleh lagi menyala buttonnya sekali sekala walaupun laptop tak boleh onn lagi.

Ini aktiviti anak-anak aku semalam di hari kedua  cuti sekolah hujung tahun yang dah bermula hari sabtu hari tu.



Semalam PRINCE kena ambil exam untuk upgrade level warna tali pinggang taekwandonya.

Sedang beraksi bersama kawan-kawannya di hadapan sifu besar taekwando di SK Senawang..... sekarang dia  tali pinggang hijau dan test ni di ambil untuk upgrade ke level yang seterusnya .


PRINCESS aku ni lak semalam sibuk mintak aku hantarkan dia beli bahan-bahan untuk buat kek.... dalam gambar tu dia tengah sibuk pilih buah anggur...dia pilih  aku lak curi2 ambik gambau...hehe !!


Sibuk membaca resepi..... dia ikut resepi kek coklat dalam buku kemahiran tingkatan tiganya.


Tengah dok sukat menyukat pulak.


Kek dah siap di bakar sekarang dia tengah operate kek tu untuk di letak aiskrim kat tengah-tengahnya.



Sapu jangan tak sapu..... tapiiiiiii  kek ni untuk siapa yaaa ???


Cer teka...cer tekaaa..... :))



SALAM UKHWAH:

7 comments:

nabilah_2908 said...

cepat2 hantar pi klinik lappy tu.. :)

hmm..kek tu tuk sape eh..hmm...kek birthday ke..? :)

Anonymous said...

tuk diri sendiri kot...
heheh..~noorazilah~

Anonymous said...

hahaha....
da ingt,da ingat...
tuk uminye la kan....
hepy blated brthday la....
~noorazilah~

ariana said...

Samalah ank dara kita tgh rajin bereksperimen.. cuma ank dara Ct tu muda dari ank dara akak..rajinnya dia..sejuk perut ibu mengandung..:)Tak lama boleh goyang kaki lah bila dia yang kedapor..

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH... ermmm tepat sekali tekaan kamu..:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

NOORAZILAH..hehe...hadiah untuk aku mana cik adik manissss...:D

SITI NOARIZAH ARIS said...

ARIANA....Tima kasih kak..harap2 gitulah takut nanti bila dah besar sikit dia malas pulak ke dapur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails