Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, November 4, 2011

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah.( esok)

Salam Jumaat hari penghulu hari..!!!
Jumaat
8 Zulhijjah 1432H


 Puasa hari Arafah juga dikenali dengan puasa hari Wukuf ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda:
Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hari Arafah

i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.

ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.

iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.

 
Puasa Arafah adalah puasa sunat bagi orang yang tidak mengerjakan haji dan ambillah peluang keemasan ini untuk kita menunaikan puasa sunat Arafah. Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang besar buat orang-orang yg berpuasa dengan ikhlas.




SALAM UKHWAH





4 comments:

Unknown said...

baru tau pasal puaso arafah nih..tq sobab share...

SITI NOARIZAH ARIS said...

PAPA MIFZ... sama-sama.. apa yg kita tahu memang wajib di kongsikan bersama2.

Unknown said...

MIL ayu dah seminggu berpuasa.. sayang sangat ayu tak dapat buat.. dapat CUTI besar..

apa2pun moga mereka yang berpuasa sunat dipermudahkan dan diberi kesejateraan yang baik2..
amin

selamat hari raya aidladha buat kak ct sklrg

Rinna said...

Salam Aidil Adha utk CT sekeluarga.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails