Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, May 7, 2011

N3 tertangguh ~ pengalaman ke Kertih naik lori sepuloh tan.

Okeyyyy... ini sebenarnya entry tertangguh.
Pengalaman aku anak beranak ke kertih, Terengganu pada cuti hari pekerja hari tu.... baru hari ni nak open story kat blog ni.

Petang isnin kami bertolak mengikut HUBBY menghantar barang syarikatnya ke Kertih,Ganu.
Bukan aku mengada-ngada nak ikut tapi dah di pelawa mestilah nak kan.... lagi-lagi lak naik lori spuluh tan ..... ko ada rasa macam aku rasa ????
Aku ni pantang di pelawa je nak-nak pulak jalan jauh lagilah aku suka.

Ko ajak aku ke tandas je aku tak mo ikut tempat lain takkan tolak punya.... !!




Ini lah dia lori yang membawa aku mengembara ke pantai timur..... bila nak bertolak je hubby siap baca -baca bagai.... lagilah wat aku risau.... dah duk atas lori yang tinggi macam tu bila pandang ke bawah nampak keta kocik joooo..... bila hubby dekatkan depan lori tu dengan buntut keta aku lak yang gerak2 kaki kunun-kunun nak tekan breaklah kan.... sedangkan tak ada pa pa pun tapi sebab kita diatas terasalah macam yg kat bawah tu dah duk bawah lori je !!



Waktu dalam perjalanan ke sana kami melalui jalan kuala pilah - muazzam - kuantan - kemaman  terus ke Kertih.... perjalanan dalam hujan lebat dari senawang..... 2 3 hari tak ujan alih-alih time aku nak jalan jauh lak hujan..... dengan petir dan kilat sambung menyabungnya..... betul-betul wat aku seriau !!!

Gambar kat atas tu aku rakam sewaktu kami tersangkut teruk dalam jam di ulu bendul, kolopilah.
Jam terus menerus ke pekan kolopilah..... pasal ada tanker minyak melintang tengah2 jalan.

Kawan hubby dah tahu pasal jam tu tapi terlupa nak call hubby sudahnya dah pertengahan jalan harung jelah.
Ni naik sepuloh tan ni bukan 3 tan kalau tak leh pusing balik ikut jalan lain.
Nak tak nak redah jelah... terinsut-insut macam siput..... laju lak lagi siput tu mengensot !!


Ini dua kanak-kanak ribena ni memang sentiasa jelah happy pasal dapat naik lori.
Selalu travel naik bas atau kereta tapi kali ni naik lori bosar.
Kat belakang kerusi pemandu tu lak ada katil siap dengan bantal sekali...... sonoklah dorangkan dah macam main pondok-pondok lak.
Berdua tidur terbaring kat belakang tu.... lena kooooo.... macam tido kat umah.
Aku jelah yang terloncat-loncat kat depan ni tido sambil duduk !!!
Ehhhh... nak rasa sangat pengalaman baru kannnnnn !!!

Hubby aku punya tebiat yg tak suka kerap menyinggah kalau bawa kenderaan..... tak kiralah kenderaan bosar ataupun kocik.
Jadi kami hanya singgah sekali je di petrol pam kolopilah seterusnya bergerak tanpa berhenti hingga sampai ke kemaman.
Di kemaman dalam pukul 1 pagi hubby singgah di sebuah kedai makan untuk isi perut yg dah kosong tu.
Yelah dari senawang kul 6 petang tak makan mau tak kebuluq.

Di sebabkan dah tengah malam aku 3 beranak order ROTI ARAB dengan kari ayam je.
Tapi kuah kari aku tak do ayam , princess ada sokotol ayam ea... prince aku lak duo kotul....ini TIDAK ADILLLLL !!!!

Hubby lak makan nasi lemak siap dengan sambal sotong.
Prince aku asyik mengendeng kat sotong ayahnya je..... sotong tu satu ekor besar bukan di potong kecik2 yea puan-puan !!
Kasih ayahkannnn... kasihlah sangattttt..... bagilah anak tu makan sotong bosar tuuuu.....
Kasih anak lak bagilah ummi ni makan ayam... habihlah 2 kotul ayam ea aku selosaikannnnnn !!

Aku TERLUPA hangkut kamera turun sama kedalam restoran tu.
kalau tak leh ambik gambar tayang sikit roti arab yg lembut dan kari yang panas dan pedas serta teh tarik juadah tengah malam aku tu kat korang.
Memang sodapppp... kalau pergi lagi aku nak singgah situ lagi.
Nama restoran tu aku lupa... jangan tanya aku !!!




Dah makan terus bertolak ke Kertih dan kami bermalam di stesen petronas, kertih.

Kali pertamalah aku tido dalam lori atas kusi tu... anak-anak aku siap berbaring berbantal g kat belakang tu .
Tutup cermin pasang air-cond sesekali hubby hidupkan enjin... sib baiklah tak do nyamuk.
Time -time macam nilah  aku rindukan bantal dan selimut aku.
Alangkah bagusnya kalau leh hangkut semua tu sekali dalam lori ni... !!



Dah siang-siang hari baru leh ambil gambar sebab dah nampak ada orang kat atas jalan raya.
Kalau tak gulap gulita jooo... yg ko nampak kenderaan yg sebangsa dengan lori ni je yg bergerak atas jalan memalam buta tu !!






Inilah dia tempat-tempat yang hubby kena masuk hantar barang-barang kat dalam lori tu.
Barang-barang yang datang dari seberang laut naik kapal terbang sampai KLIA pindah masuk lori dan sekarang delivery order selamat sampai kat KERTIH tanpa sebarang masalah di jalanan.
Pasal aku ikut kottttt ????

Sekali imbas macam syarikat minyak kan??
Yeaa... tepat sekali syarikat minyak kepunyaan petronas kalau aku tak silaplah.
Ini hubby bagitahu kalau dia tipu maknanya aku pun tipulah.
Jangan salahkan aku lak aku ni  pekerja tak bergaji je untuk hari tu !!


Tengok pekerja syarikat minyak ni....  dah macam orang minyak lak aku tengok kulit masing-masing.
Bukan pasal hitam tapi berkilat dek paneh bonar ganu hari tu.. berpoloh-poloh  !!




Oppssss....... ada polis !!!
aku dah ketaq tangan nak ambik gambar.
Kang gambar aku tangkap dengan aku aku sekali kena tangkap.
Hubby aku kata aku dah macam reporter lak kejap tembak sana kejap tembak sini.
Dia pesan... " hati-hati kang awak lak yg kena tembak !! "



Di setiap 3 tempat yang kena hantar barang hubby aku kena wat laporan dulu kat balai pengawal ni yg di jaga oleh polis bantuan.
Tengok gambar di atas hubby tengah isi form lapor diri, serahkan phone pastu kena tengok video.
Video apo bang..... jgn bilu2 sudahlah yaaa !!!



Okeyyy.. dah settel !!
Ini Hubby aku merangkap TUAN BESAR aku.... dah habis menjalankan tugasannya yg terakhir.
Time ni muka dia dah panjang sedepa dah.. dek paneh dek lapar... letih tak payah cakaplah kan !!!

Seterusnya kami bergerak balik sebelum tu singgah minum kat Kertih ni dulu.
Makan nasi lemak , mihun goreng dan sambal kerang.
Tak aku sangka orang ganu pun masak pedas... tak tahulah aku akak tu orang ganu tulen ke atau ganu celup.
Setahu aku orang ganu ni masakannya manis tapi ni pedas berapi.

Dia tanya nak nescafe suam ke nescafe peng... terpinggalah sekejap ... peng tu apa ??
Tapi segan nak tanya.... aku cakap je nak peng...... agak-agaklah aiskan.
Memang betul pun nescafe ais tu lah yg sampai kat depan mata aku.
Sorry lupa gak bawa kamera turun sekali pasal kamera tu tak cakap dia pun lapar... bolehhh ???

Sampai kemaman hubby turunkan aku depan gerai kepok lekor.... berderet-deret gerai banyak pilihan.
Tapi aku dah mamai sangat time ni....  dahlah tengah hari lagi paneh lak tak do mood aku nak shopping kepok bagai.

Aku singgah di gerai yg hampir dgn aku je belilah 3 bungkus untuk aku,mak dan adik aku.... dah tumpang keta umah adik kena gak bawak buah tangan untuk dia.

Untunglah aku tak heboh2kan g Ganu kat kawan2 ofis aku kalau tak leh pitam aku li barang untuk orang banyak-banyak.... kepala aku dah pening pasal tak cukup tido ni.

Dalam perjalanan balik ke seremban berkali-kali aku terhangguk-hanguk tertido.
Tapi Hubby  steady je... tak ngantuk pun.
Risau gak aku... malam tadi dia bukan tido sangat pun tapi boleh lagi bawa lori elok-elok.
Kalau aku yg bawa lori tu sok-sok muka aku pun kuar paper pasal menyebabkan kemalangan maut.
Dah tentu stearing lori tu tersasar ke tempat lain...... pasal tu ko layak duk dalam ofis je puan ct oiiii !!!

Dalam pada tu kami selamat gak sampai ke Seremban pukul 6 petang gak.... syukurrr !!!
Macam pergi kami pulang dalam hujan lebat gak walaupun di ganu dan pahang panas terik tapi masuk je N.sembilan hujan lebat mencurah-curah siap dengan petir dan kilat lagi.

Tapikannnnn.... aku terkilanlah tak dapat makan gulai kawah yang dimasak sendiri orang Ganu.
Sedangkan itulah hajat utama aku nak ikut ke sana.
Tak pelah tak de rezeki mungkin lenkali kot.
Aku kena fahamlah aku naik lori bosar bukannya ketaaaa !!!.


CN: Agak2nya bila lak aku dapat ikut ke utara dan selatan lak naik lori sepuloh tan ni lagi ya ??



SALAM UKHWAH











12 comments:

Daddylicious said...

bertuah suami kamu ada isteri yang prihatin dgn tugas suami...

SITI NOARIZAH ARIS said...

BIGDADDYZ... tima kasih sy kena faham kerana itulah sumber rezekinya.

Encik Suami said...

Percutian yg menarik.Naik "kete" besar lagi.Org lain..mana ada pengalaman bercti macam tue.

SITI NOARIZAH ARIS said...

EN SUAMI... hahaha tulah pasalllll... tapi sakit pinggang weii duk berjam-jam dalam lori tu !!

Unknown said...

alahai.best nyer kak p jalan2.memory tu kan :)

SITI NOARIZAH ARIS said...

ALINAC....Yup memory terindah pasal naik lori..hehehe!!

kella said...

memang menarik dan istimewa lah! seumur hidup belum penah nek lori besar gini... tak semua orang dapat rasa apa yang kak rasa tau... :) best!

Layyinul Harir said...

wawawa!!menarik g2,perjalan ke terengganu dengan lori.

same2 dengan suami,anak2 akak..

x singgah Dungun ke?syafa orang dungun..hihi

tengok2 gambar akak nie,teringat perjalanan kerumah.huhu~

Along Maklong said...

bestnya.. baca pengalaman CT.. maklong pun tak pernah merasa naik lori bosar ni.. hehehe..

SITI NOARIZAH ARIS said...

KELLA... sy pun first time naik lori besau ni jln jauh2.

SITI NOARIZAH ARIS said...

SYAFA... ooo kamu org dungun... lenkali akk terjah dungun lak tapi kamu jauh nau kt obersea tu..hehe!!

SITI NOARIZAH ARIS said...

MAK LONG... tulah sy sharekan kat sini sy pun f.time maklong..terujalah di buatnya duk ats lori tinggi2!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails