Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Friday, March 11, 2011

Percutian keluarga di Pengkalan Balak....cantiknyaaa sunset !!

Lokasi : Pantai Pengkalan balak, Melaka
Tarikh : 5 & 6 March 2011




Bertolak dari seremban selepas Zuhur.... inilah dia resort yg masih ada bilik kosong setelah separuh pitam aku menelefon ke sana kemari...... dah di booking awal-awal.... heran lak aku apasallah semua nak berebut dengan date yang aku pilih ni tak leh ke pergi hari lain?

Ini pun cuma ada 4 unit sahaja SUPER FAMILY yg kosong pada hari tu.
Bilik yang lain lain dah penuh dah...... kiranya bilik ni yang paling besar dan harganya lebih sikit dari yang lain.
tapi syukur jugaklah bilik ni kat tingkat paling bawah tak payah mak dan abah aku  turun naik tangga.
Dan satu lagi dekat dengan swimming pool dan kereta betul2 duk depan pintu bilik jeeee.... !!

Kalau  bilik yang aku dapat waktu bercuti empat beranak 2 tahun lepas tu kat tingkat  3..... jenuhlah turun naik tangga dengan bawa beg baju lagi.... yg ni bukak pintu bilik terus masuk keta.
budak-budak pergi mandi kolam pun kita tak risau pasal dekat sangat dengan bilik.


Sampai-sampai je simpan barang dalam bilik terus pergi ke pargola tepi pantai ni.
Disebabkan aku pernah beberapa kali ke sini kiranya aku dah pandailah area tempat ni.
Tu yang di jamin tak sesat tu ( silalah muntah darah dengan kojoboan minah ni..uuweeekkk ).

Kami melahap dengan berselera sekali pasal masing-masing dah kebulur tahap dewa dah.
mana taknya lepas zuhur baru bertolak sampai sini je dah dekat pukul 3 petang.
mau tak berdondang sayang cacing2 dalam perut tu !!



After lunch we all.... waaahhh speaking omputehlah pulaaaakkk !!!
orait... lepas makan mak2, bapak2, lepak-lepak tepi pantai tapiiiii.....
kanak-kanak ribena ni terus je terjun kolam renang.

ha yang paling parah PRINCE aku tu.....
setiap kali g bercuti dia sibuk suruh aku booking resort yg ada kolam renang.
bila dah sampai je terus terjun dalam tu tak kan naik-naik le lagi ke atas.
dah naik kecut atas bawah luar dalam pun nak berendam gak lagi dalam tu.
memang hantu air anak bujang aku ni.... dah ada kolam ni dia tak heran lagi dengan air laut tu.




Menjelang senja kami menyaksikan SUNSET di tepian pantai.
memang cukup cantik... tak caya ??
percayaaalaaahhh... ha ko tengok sendiri gambar yg aku ambik tu.
sememangnya pantai Pengkalan Balak terkenal dengan pemandangan SUNSET yg amat cantik.
SUBHANALLAH...... inilah dia indahnya ciptaan tuhan.


Dua-dua warga emas ini adalah.....
MAK dan ABAH aku...
Insan biasa yg membesarkan kami 7 beradik... dulu mereka tak mampu kemana2.
yelah anak-anak pun ramai... pendapatan kecil dan abah aje yg bekerja .( dulu gomen gaji ea kocik bona !! )


Termasuk hari ini dah selalu sangat mereka berjalan-jalan di bawa oleh kami adik beradik.
ada jee tempat2 yang tak pernah mereka pergi dulu dah pun mereka sampai.
termasuklah ke tanah suci mekah... menunaikan rukun Islam ke lima 3 tahun lalu..
Kami akan bawa kemana saja yg terhajat di hati mereka berdua selagi ada nyawa di badan .



Yang paling besar tu adik aku yg bongsu....... 2 orang budak kecik tu pulak anak2 buahnya .
Tapi bukan anak aku... itu anak kpda adik aku yg nombor 2.
Adik aku ni di terbangkan khas dari UITM ARAU,PERLIS  semata-mata untuk holiday ni.

Gila ke haper balik 2 hari je.... ko ingat perlis tu dekat macam melaka ke Potdeksen ??
tapi itulah realitinya... kerana nak join holiday keluarga ni adik aku sanggup balik.
walaupun dia terpaksa terkejar-kejar untuk masuk kuliah hari isnin nanti.




Sebenarnya kami nak celebrate sekali beday anak-anak buah aku  dan adik perempuan aku yg sorang ni.
ini kakak kepada adik aku yg kt atas nun....
kiranya ni yg  kedua bongsulah dan kami panggilnya DEK NOR ..... celebrate untuk 3 org sekali.

budak kecik lelaki yg sebelah kanan tu cuma tumpang glamor jeee tu... dia tak termasuk dalam senarai.

Gambar bawah tu PRINCESS aku dpt present dari mak cik dia .
Aiik... apasal mak cik punya beday ko lak yg dapat hadiah ni  kak ??
ooo.... mak cik dia ada hutang hadiah beday dgn dia.
lepas dia bagi mak cik hadiah makcik lak bagi dia hadiah...
boleh ke camtu... perangai anak aku.. huuuhhh !!!



Ini juadah kami pada malam tu.
kek semestinyalah adakaaannn...!!
dah aku  kata tadi beday takkan lah kek takdo pulak.

ayam , udang dan kerang tu kami buat stail BBQ dan bakar tepi pantai.
licin licau le semuanya di kerjakan... memang dah budget semua makanan kena habiskan.
kalau tak membazir je dah lah dalam bilik tak ada peti ais atau pun dapur.


Bilik hari pertama kami sampai tapi katil dah di rapatkan supaya bilik leh nampak lebih luas.



Bilik hari ke dua.
Haaa.. ni dia dah jadi tongkang pecah dah.
klau aku jadi tukang kemas bilik awal-awal lagi aku dah serender !!
apa taknya tilam dari atas katil dah berpindah ke lantai.
dahlah tilam tu berat... ini semua adik aku si baju hitam tu dgn kak ngahnya  punya kerjalah ni.



Ini gambar terbaru aku untuk tahun ni.
gambar yg paling aku suka dengan cahaya remang senja yg paling mengasyikkan.
keditlah untuk DEK NOR aku yg tolong ambilkan gambar ni.

Alhamdulillah semua yang di rancang berjalan dengan lancar.
Semoga percutian yg akan datang akan jadi lebih baik dari yg ini... insyaALLAH !!



CN : Entry aku yg akan datang citer pasal konvo DEK NOR......


SALAM UKHWAH








4 comments:

Encik Suami said...

Rasenye pnh pegi tpt nie.
masa tue ada program kat situ.
Saya yg jadi tim pengarah program tue.
YES..confirm..mmg tpt nie.
Masa tue pun tahun 2002.

CT NoArIzAh ArIs said...

EN SUAMI... ya betul tempt ni mmg famos utk seminar dan kem2 motivasi tu pasal selalu full resort2 kt sana... selain tu sunset yg cantik yg buat ramai org dtg ke sini.

BeeWhiteRoses said...

cantek angle gmbar last tu..;p

CT NoArIzAh ArIs said...

BEE... TQ view tu yg plg cantik !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails