Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Wednesday, May 25, 2011

Nasiblah aku tak pernah pakai butter ni !!


GOLDEN CHURN BUTTER - TIDAK HALAL (NEW ZEALAND)
Gambar dari pak gugell

Alhamdulillah lahhhh aku tak pernah guna pun butter ni.
Kebiasaan butter yg aku guna untuk buat kek atau biskut ialah planta .
Aku memang cukup cerewet gak bab sumber bahan makanan yang aku masak.
Tak apalah guna yang brand murah sikit asalkan bahannya dari yang halal dan di sahkan oleh jakim.
Kalau nak rasa yang terover over sedapnya pun tapi isi kandungan bahan tu yg bukan-bukan pun boleh wat kita jadi was-was jugak.


Click kat  image jika tak jelas.


Aku sering di beritahu oleh kawan-kawan cina aku kat ofis ni kalau bahan2 tu ada kandungan lemak binatang tu harganya pasti lebih mahal dari yang bukan dari sumber tersebut.
Sebab nak dapatkan sumber yg ITU sangat terhad bukan macam bahan2 dari sumber sayur-sayuran.

Sebab tulah kalau aku bershopping barang-barang dapur HUBBY memang tak suka ikut sebab aku ambil masa yg lama.
Aku siap semak isi kandungannya, harganya dan tarikh luputnya sekali.
Termasuklah dari mana negara pengeluarannya dan tanda halal dari negara tersebut.
Tapi  99%  bahan-bahan  makanan aku akan beli yang di keluarkan oleh negara kita sendiri terutamanya dari produk2 bumiputra dan ada status HALAL JAKIM.

Kepada sesiapa yg dah terguna ataupun ada dalam simpanan untuk butter kat atas tu silalah di lupuskan ataupun bagi sajelah kat jiran atau kawan2 berbangsa lain .
Kalau aku ada stock bertin-tin butter tu kat dapur aku pasti ramai nyonya2 kat ofis ni menadah beg plastik mintak kat aku.
Malanglah nyonya2 dan Ah moi2 kat ofis ni pasal aku pun tak pernah guna butter tu .
Beli pun tak pernah.... berapa harganya setin pun aku tak tahu tapi ramai orang kata harganya lebih mahal dari jenama yg lain.

Kadang2 aku rasa kita ni bukan macam duduk  kat negara yang agama rasminya Islam dah.
Setiap makanan yang di keluarkan ada tanda halal pastu bila di check balik ada pulak sumber yg bukan-bukan kat dalam tu.
Pastu di sahkan pulak halal balik pastu tak halal pastu halal !!

Eeeiii...... pakai ajelah jenama yang memang di keluarkan oleh bumiputra atau pun yg memang kita yakin seyakin yakinnya yag syarikat tu tak pernah ada masalah dengan pihak Jakim.
Kita nak masak dan bagi makan untuk keluarga  kita biarlah dari sumber yang elok -elok.
Ingatlah setiap apa yg kita makan tu akan tumbuh jadi darah daging kita jugak.
Bukan setakat makanannya halal sumber duit kita tu pun biarlah dari yg halal jugak.


CN : Hujung minggu ni nak kena bershopping barang dapur lagi...malasnyaaaaa !!


SALAM UKHWAH

13 comments:

faraherda.razalan said...

setuju!

SITI NOARIZAH ARIS said...

MOMMY... Ada masanya sy rasa mcm duk kat china lak..sekejap statusnya halal sekejap g di tarik balik pastu status halal balik...ermmm !!!

mrs kayrul said...

susah sekarang nak kenal pasti halal ke tak...kekadang dah tulis halal tup2 keluar citer tak halal plak..apa kes????

kella said...

ya, kita pun dapat emel tentang ini, sedang mahu sebarkannya juga... sama sama kita sebarkan untuk umat islam smuanya..

IXORAROXI said...

sekarang ni kalau nak beli produk import atau mahal sikit, baik semak di website PPIM atau Jakim, kalau dari mula kita dah was-was, lebih baik tak payah beli je

SITI NOARIZAH ARIS said...

KAYRUL... tulah kbnyakkan pengeluar makanan kat negara kita ni org cina ada jugak letak nama melayu tokey dio cino... pengeluar bumiputra terlalu sikit klau nk banding dgn dyorang ni...mcm logo halal jakim tu buat main2 je kt dyorang ni janji untung banyak.

SITI NOARIZAH ARIS said...

IXORA.. betul tu sy kureng sikit nk beli yg import ni... klau kat negara kita sendiri pun status halal di buat main2 apalah lagi kat negara yg sedikit je penduduk muslimnya.

SITI NOARIZAH ARIS said...

KELLA... sebarkan untuk semua saudara seislam kita ya kella !!

nabilah_2908 said...

satu produk minyak sapi...Brand QBB...pun dikatakan tak halal...

menakutkan zaman skrg ni..makanan halah pun boleh jadi haram..haih....

SITI NOARIZAH ARIS said...

NABILAH... myk sapi tu dh lama sy dgr pastu kata halal balik...hisshh tak paham den susah ea nk mkn zaman sekarang ni.

Unknown said...

macam2 produk tak halal sekarang ni kan...kerajaan kena pantau sebab benda ni akan jadi darah daging kita

Dilla Ady said...

dilla pakai butter biase jek tuk buat kek atau biskut...tu pun da rase mahainye la seketul...huhu

skang nih kalu sedap melampau, kena ragu2 da bahan-bahannye..

SITI NOARIZAH ARIS said...

DILLA... kita x pki butter tu tapi kalau mkn kek atau kuih kat luar atau kat umah org mgkin mereka ada guna jugak pasal kita pun x tahu apa bahan mrka paki tak kan nak tanya satu2 lak kan.

Jadi mungkin kita pun dh tertelan... wallahualam... tawakal jelah dilla !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails