Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Saturday, November 20, 2010

Berkejar-kejaran dengan Mr Masa.

Semenjak dua tiga hari ni aku dah rasa macam nak tercabut segala sendi-sendi aku ni.......apa tidaknya terpaksa berkejar-kejaran mengejar masa yang aku rasa terlalu cepat berlari sekarang ni.


Balik dari kerja aku dah bergegas ambil PRINCESS.......itu pun dah pukul 5.30pm sampai kat rumah.....pastu masuk bilik air mandi,sembahyang asar dah pukul 6.00 lebih dah.....aku bersiap dan bergegas lak pergi jemput PRINCE kat sekolah (sekolah sesi petang )......sampai kat rumah dah pukul 6.30 petang......berkejar pulak ke dapur nak masak pastu makan dah dekat 7.30 malam berkejar pulak sembahyang maghrib ( waktu maghrib kan tak lama).


Kelam kabut betul aku di buatnya semenjak HUBBY tukar kerja lain ni....kalau dulu aku tak payah susah2 ambil  PRINCE pasal hubby yang akan ambilkan tapi sekarang hubby balik pun dah dekat maghrib...akulah pulak yang kena buat semua ni....bila dah malam aku  rasa nak tergolek separuh pengsan dah berlari kesana kemari mengejar masa!

Sekarang dah masuk cuti sekolah......okeylah boleh rileks sikit.....tapi tahun depan??


CN : Aku rasa mak aku dulu pun tak sesibuk macam aku ni!!


SALAM UKHWAH

3 comments:

Nancy Poh said...

Masa la yg paling susah dikejar..sebab dia tak pandai berhenti..manusia boleh berhenti tapi masa.....hmmm

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

sama lah..skang nie duk sibuk dgn final exam..adoi..masa oh masa..btw salam perkenalan org nogori =)

SITI NOARIZAH ARIS said...

NANCY : Betul tu...kdg2 nak aje tanggalkan bateri jam tu biar dia berhenti sekejap....tapiii boleh ke kita menipu masa???
Nak tak nak kena kejar dia jugakk!!

IQBAL :Masa muda jgn di persiakan...cari ilmu sebanyk mana yg boleh kerana masa tak akan berundur ke belakang balik!!
SALAM PERKENALAN DR SY.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails