Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Tuesday, November 30, 2010

Entry sedih....SI MIMIE pergi meninggalkan kami.

Aku tak boleh nak kata betapa sedihnya aku hari ni.....anak kucing kesayangan PRINCE si MIMIE pergi meninggalkan kami semua !!



 MIMIE dalam kenangan

Anak-anak aku dan Mimie aku hantar balik kampung malam sabtu hari tu....cuti sekolah dah bermula jadi mereka nak duduk-duduk kat kg.....bila sampai je kat rumah mak aku PRINCE letak mimie  kat ibunya....waktu tu ibunya mencium anaknya dan menyusukan MIMIE....seronoklah kami tengok ibunya masih kenal anaknya lagi....mereka berdua bermain-main dan tidur bersama malam tu.

Siang ahad tu MIMIE asyik menyusu sahaja dengan ibunya....kurang makan nasi tapi dia masih cergas berlari dan bermain.....macam biasa keadaannya dah tentulah kami tak sangka dia sakit ke apa ke.

Tengahhari semalam hari isnin PRINCESS beritahu MIMIE muntah 2 kali tak mahu makan nasi dan hanya menyusu....aku tak syak apa-apa sebab sebelum ni aku pernah tengok kucing muntah...lagipun aku kat ofis...aku sangkakan dia sakit perut dan akan baik seperti biasa.

Malam tadi PRINCE telefon bagitahu MIMIE tak aktif lagi...hidung berubah warna coklat dan waktu tidur air liurnya keluar.....dia mengesa aku balik nak bawa ke klinik takut kalau MIMIE mati....dah tengah malam mana ada klinik haiwan bukak lagi kat kampung tu so aku pujuk suruh tunggu pagi esok sahaja!

Pagi ni HUBBY bergegas pulang ke kg seawal 7 pagi...nak bawa MIMIE ke klinik..tapi sayang sebaik HUBBY sampai sahaja...MIMIE menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan HUBBY, PRINCE dan PRINCESS serta adik ,mak dan abah aku kat kg tu....mereka telefon bagitahu mimie dah pergi buat selamanya.

Aku tengah drive kereta ke ofis.....sebak hati aku sedih sangat walaupun dulu aku tak suka kucing tapi MIMIE dah kami jaga,manjakan,mandikan dan dia makan nasi yang aku gaulkan sendiri dengan tangan aku selama 3 minggu dia bersama kami....aku sangat sedih!!!!

PRINCE menguburkan sendiri MIMIE dan di bantu oleh HUBBY....dia menangis seperti orang mati anak....aku tak ada kat sana kalau tak aku pun menangis sama macam dia menangis....selepas ini kami tak dapat lagi dengar MIMIE mengiow...bermain dan berlari dalam rumah aku....dan yang aku tak boleh lupa bila MIMIE lapar dia akan mengiow dan memandang kearah aku macam bercakap dengan aku memberitahu dia lapar dan nak makan.....bila dia nak "membuang" dia akan mengiow kat pintu seperti suruh kami buka pintu dan dia akan berlari ke kotak pasirnya...kini semua tinggal kenangan....terlalu singkat masa yang diberikan kepada kami untuk bersama MIMIE.


Hari ini MIMIE berkongsi tarikh kematiannya dengan tarikh lahir  MY HUBBY 30 November 2010.....semoga MIMIE tenang di syurga sana !!

CN : Kali pertama aku rasa terlalu sedih dengan kematian seekor binatang peliharaan!




SALAM UKHWAH:

5 comments:

kella said...

sedih....

SITI NOARIZAH ARIS said...

KELLA...sy masih lagi bersedih..MIMIE anak kucing yg comel & bijak tak pernah buat masalah dlm rumah kami & senang di ajar.

Kucing Utara said...

sya dh baca semua entri Mimie ni..sedih jugak sbb sya sekeluarga pun prnah alaminya..Kucing Himalayan kami mati dulu...
Nasihat sya yg tak seberapa...
Next time..bila bela kucing lgi..jadikannya indoor cat..jgn biarkannya merayau diluar krana risiko tinggi dpt jangkitan dri feral cat spti FIP iaitu pembunuh no1 kucing..mcm penyakit AIDS?HIV bgi manusia..
Skali takziah..

SITI NOARIZAH ARIS said...

CAT4U...t/kasih sudi sggh ke sini..MIMIE memang indoor cat sewaktu di rumah sy,kami tak benarkan dia jejak tanah pun...di kg di rumah mak sy jg begitu...mgkin jgk ada salah satu dr makanan tersebut yg dia termakan swktu ketiadaan sy..ank2 sy pulak x tahu apa2.

Nak buat mcm mana benda dh berlaku...skrg jadikan ia pengalaman berguna.

SITI NOARIZAH ARIS said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails