Hai kawan-kawan......hari ni hari minggu mesti syokkan rehat-rehat kat rumah.....atau pun jalan-jalan dengan keluarga.....inilah hari untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Pagi-pagi minggu ni kalau drive kat jalan raya memang seronok pasal jalan lenggang je....maklumlah ramai yang bangun lewat hari minggu ni. Tapi yang buat hati panas bila jumpa pemandu-pemandu yang langsung tak beretika.....tak tahu ke nak pasang signal bila nak masuk simpang?
Kita ni beria-ia lah berhenti nak bagi laluan kat dia.....ingatkan nak jalan terus tetiba melencong lak ke kanan atau ke kiri.....tak ke hangat hati....ataupun jenis pemandu macam ni tak tahu undang-undang jalan raya ?
Kalau dah lupa apa yg belajar dulu bawak-bawaklah buka balik buku memandu tu dulu.....jangan kerana sikap acuh tak acuh tu mengundang padah pada diri sendiri dan orang lain.
Lampu signal yg terpasang kat motor atau kereta tu ada fungsinya bukan setakat aksesori kenderaan !!
CN : Nk cadangkan cipta signal automatik.....leh tak?
SALAM UKHWAH:
2 comments:
memang tak suka pemandu yang tak suka bagi signal...ingat dia sorg je byr roadtax. org lain pun byr tau...
Itulah pasal....byk sgt sy jmpa pemandu mcm ni kdg2 nak aje tahan org tu dan ajar dia cara2 guna signal tu!
Post a Comment