Sebelum keluar tu klik2 lah iklan ni dulu ya !!

Thursday, November 25, 2010

Usia muda hanya sekali.

"Byk sgt bunyi yg kdengaran di telinga sy.. ala  x yah fikir2 sgt masa depan.. enjoy jer skrg.. tp.. smpai bila nk enjoy?? boleh bawa ke mati ke??? klu jwb cegini mau terbuntang mata member2 tu.. heheh!! " 
Dialog kat atas tu adalah luahan hati seorang rakan aku...beliau seorang ibu muda ada anak seorang. 
Bagi aku....jika hari ini sewaktu usia masih muda kita berniat untuk melakukan sesuatu untuk masa depan yang lebih baik...teruskanlah!!
Jangan peduli sagala cakap mak nenek yang menghasut kita agar BER enjoy-enjoy dulu  dengan alasan masih muda...lama sangat ke kita ni muda ??...pejam celik pejam celik dah bertambah kedut-kedut di muka tu sedangkan kita langsung tak buat apa-apa utuk hari tua kita....hari ini bila kita senang ramai kawan ketawa tapi esok lusa di saat mendung hitam menutupi kehidupan tinggallah kita keseorangan!
Lagipun apa yang kita lakukan hari ini untuk kebaikan keluarga kita sendiri,anak-anak serta suami/isteri bukan untuk sesiapa yang tak ada kena mengena dalam hidup kita ni.
Sewaktu muda ni kita usahalah lebih sikit.( lagi banyak lagi bagus..). Sewaktu tenaga kuat dan badan sihat cari duit utk kumpulkan harta..beli rumah sendiri,kereta,tanah dan buat pelaburan tetap untuk masa depan....dah tua nanti tak payah nak mengadap hutang sana sini....yang penting ada kediaman sendiri tak payah menyusahkan anak menantu......sebab kita sendiri pun tak tahu apa akan berlaku 10 atau 15 tahun akan datang.Jangan mengalah bila mendengar kata-kata negatif lebih-lebih lagi  orang2 yang tak suka tengok kita lebih maju dari dia.
Oleh itu beringatlah sewaktu muda ni jangan asyik nak enjoy je sebab jika terlalu enjoy akan merugikan diri kita sendiri...betul tak ??
CN : Siapkan payung sebelum hujan...ni dah masuk musim tengkujuh ni!!
 SALAM UKHWAH:
 
 
 
 
 

6 comments:

Anonymous said...

Salam

Betul. Usia muda adalah persiapan untuk melalui detik-detik sukar menjelang tua nanti.

ct noarizah said...

Wlkmsalam...

Ya sephia klau muda2 main2 dh tua nnt menyesal t guna lagi...kerana masa itu tak boleh berundur ke belakang

Unknown said...

salam

sangat setuju..
sekarang kena buat persiapan utk hari mendatang..

kita tak tahu apa yang bakal berlaku..

ct noarizah said...

Ya...tahun demi tahun kos hidup semakin meningkat..beruntunglah sesiapa yg dah buat persiapan sewaktu muda ni!

Unknown said...

mmg kena sedia payung dari skrg~

ct noarizah said...

ALINAC...pastikan payung tu tak berlubang-lubang klau leh besar mcm pyg aiskrim tu lek akk tumpang samaaa...hehe!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails